..::P.I.N.D.A.H::..

•23 March, 2009 • 4 Comments

Assalamualaikum wth. Buat pengetahuan anda semua pembaca, ini adalah entri terakhir saya di blog WordPress. Selepas ini, anda boleh layari rumah baru saya di http://syahiddmilikku.blogspot.com/. Segala kekurangan sepanjang saya berada di sini adalah amat saya kesali. Kita jumpa di sana Ok! Wassalamualaikum wth.

……………………………………………….TAMAT………………………………………………

..::B.A.S.T.E.L.A::..

•20 March, 2009 • 6 Comments

Assalamualaikum wth. Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, lelaki seharusnya menjaga ego dan maruah. Tanpa ego, lelaki sama sahaja seperti selendang Erra Fazira yang meliuk-liuk dihayun kekanan dan kekiri di atas pentas AJL mengikut sesuka hati oleh seorang wanita. Begitu tiada harga. Sifar. Lelaki harus pertahankan kelakiannya walau bagaimana keadaan genting sekalipun. Tetapi jika tayar basikal yang lelaki itu tunggang pancit ditengah jalan dan terpaksa diheret sejauh 5 kilometer dengan barang-barang pasaraya yang banyak di tengah panas, ego kau pasti lemah. Serious! Senyum sumbing gadis-gadis genit dan gedik yang sinis ditepi jalan menambah lagi rencah derita seorang lelaki itu. Arrgghh…terunaku tercalar lagi.

……….

Bastela. Apakah itu Bastela? Berbahayakah ia? Atau spesis pemangsa herbivor yang hidup sekitar 14 juta tahun dahulu di Seremban? Tidak. Ia adalah sejenis makanan tradisi Arab Maghribi yang aku makan minggu lepas di Mohammedia. Sedap. Macam suara Siti Nur Haliza menyanyi lagu Siti Situ Sana Sini. Ala-ala murtabak ayam kat Pasar Malam Bangi tapi bersaiz besar seperti Kak Syarifah Aini dan berinti ayam, telur berempah dan kacang Lus (Almond) kisar. Memang sedap. Tapi susah nak buat. Leceh. Nasib baik Mas Nafir sanggup menggadai maruah diri nak masak. Makanan ini hanya dimakan ketika kenduri kahwin sahaja. Tapi disebabkan nak makan juga, kami semua sanggup buatnya di luar nikah. Owhh..resipi ini antara menu istimewa My Future Restoran Maghribi nanti.

Telur dan Waraqah (kertas) Bastela

Telur dan Waraqah (kertas) Bastela

Bung Nafir dan Bastela

Bung Nafir dan Bastela

Tadaaa...!!!

Tadaaa...!!!

Kenduri

Kenduri

Nak resipi? Klik sini.

……….

Sudut mari berbahasa Inggeris.

1. Practice makes perfect

2.Nobody’s perfect.

So, why do we need practice?

Wassalam. Chiao.

..::I.S.T.I.M.E.W.A::..

•19 March, 2009 • 8 Comments

Assalamualaikum wth.  Macam biasa, aku betul-betul minta maaf. Alasan biasa lagi mahapurba kolot, aku lambat update sebab busy. Betul. Aku tak tipu.  Seminggu setengah aku tiada di rumah. Aktiviti persatuan dan kedutaan maha banyak. Belum lagi kira aku pergi bandar Casablanca, metropolitan industri dan maksiat  untuk cari bahan bahas akhir aku.  Penat bukan kepalang. Serebrum aku mencungap x cukup oksigen. Kasdiovaskular naik mengah mengangkut zat tak cukup sifat dalam badan tough ala-ala Rajnikanth aku ni. Waktu begini, percayalah, tidur adalah nikmat Allah paling indah pernah aku rasakan selepas makan Maggi sensorang pukul 2 pagi.

……….

Turun Town. Bermula hari Isnin lepas jam 6.30 petang, aku melangkah penuh macho dan taiko ke destinasi pertama aku dari Kenitra, Rabat. Pusat pentadbiran kerajaan Maghribi. Train berkelajuan 5 kuasa kuda padi sedikit sebanyak membuatkan standart diri aku tercalar. Ditambah dengan bau deodoran kitaran semulajadi mak cik Arab sebelah aku membuatkan hormon testosteron aku mengalami gangguan slapstik separa-sedar. Di Rabat, Bro Nafir tiba lewat sikit dari aku. Puas beronggeng Rokiah sekitar Rabat, aku menuju ke rumah Datuk Othman Samin, Duta Besar Malaysia unutk persiapan Majlis Sambutan Maulidur Rasul esoknya. Owhh..aku lupa, happy belated Maulidur rasul untuk korang semua.

Rabat, 7.30 p.m

Rabat, 7.30 p.m

Rabat Medina, 7.38 a.m

Rabat Medina, 7.38 a.m

……….

Maulidur Rasul. Sambutan kali ni agak berlainan dari sebelumnya. Idea menjemput kanak² istimewa dari salah sebuah institusi memang aku puji. Selaku manusia sempurna, menggembirakan golongan sebegini adalah suatu peluang untuk kita berkongsi nikmat Allah yang serba lengkap. Wajah gembira kanak-kanak istimewa ini merupakan kepuasan.

Gentlemen Iron Chef

Gentlemen Iron Chef

Buruh paksa

Buruh paksa

Ops gulung Popiah. 1/5 popiah tersebut berjaya ditahan didalam perut masing-masing.

Ops gulung Popiah. 1/5 popiah tersebut berjaya ditahan didalam perut masing-masing.

Jangan tak tahu di sini, lelaki menguasai hal masak dan dapur. Dimana² aktiviti persatuan sekalipun. Tak percaya? Percayalah. Wanita? Mereka selalu bertugas buat kuih. Sebab tangan lelaki keras, kasar dan menakutkan. Kuih gelang pasti berbentuk tumit kaki jika lelaki mengulinya.

Datuk Othman Samin, orang kuat program.

Datuk Othman Samin, orang kuat program.

Bakal bapak Mithali

Bakal bapak Mithali

Sekitar Majlis

Sekitar Majlis

Persembahan dari institusi jemputan

Persembahan dari institusi jemputan

Penyampain cenderamata kepada kanak² istimewa

Penyampaian cenderamata kepada kanak² istimewa

Encik Rahmat Hero menunjukkan skill bapa tunggal

Encik Rahmat Hero menunjukkan skill bapa tunggal yang dipelajari beliau ketika di Namibia Utara

Sesi ramah mesra.

Sesi ramah mesra.

Ibu-ibu kanak-kanak istimewa yang hadir

Ibu-ibu kanak-kanak istimewa yang hadir

Apa tugas aku untuk program nih? Makan, tidur, buang air, tengok orang buat kerja, jalan-jalan, tolong kacau sambal barang seminit dua,  panaskan nasik untuk aku makan dan datang lambat untuk tangkap gambar yang tak lawa time program ni. Owhh..aku jugak tolong habiskan lauk ayam goreng kentaki lebih malam tu…

Tema Fotografi : Para-para Sorga. Salam Maulidur Rasul

Tema Fotografi : Para-para Sorga. Salam Maulidur Rasul

Wassalam.

..::T.E.S.I.S::..

•6 March, 2009 • 10 Comments

Assalamualaikum wth. Senarai nama pelajar dan musyrif (pembimbing) untuk proses penulisan bahas tahun akhir dah pun keluar awal minggu ni. Tahun ni, 8 orang mahasiswa Melayu tahun akhir jurusan Pengajian Islam tersenarai dalam iklan tu. Aku antara 8 makhluk Tuhan paling seksi tersebut. Musyrif aku, Ustaz Ahmad Ziadi. Merangkap pensyarah bagi subjek Fiqh Muqarran (Fiqh Perbandingan). Ustaz berwajah bekas pelakon James Bond, Sean Connery merupakan antara ustaz favourite dikalangan pelajar. Aku beruntung kerana disenaraikan dalam kelompok ‘student Bond’ di bawah bimbingan beliau.

dscf4670

ustazziadi

Ustaz Ziadi (kanan)

………

Tajuk. Aku sebenarnya berminat dengan Ekonomi. Jadi, aku telah menetapkan untuk membahaskan tajuk ‘Dinar Emas’. Mungkin tajuk ni agak mencabar mental dan fizikal aku sebab tajuk ni agak jarang diperbincangkan di sini (Morocco) dan kerana itu, maraji’ atau bahan rujukan boleh aku katakan begitu terhad atau mungkin saja tiada! Tapi, aku akan cuba yang terbaik. Dinar emas dalam Islam adalah suatu hajjiyah dhoruriyyah (keperluan yang amat penting) kerana nilai emas disandarkan kepada medium aktiviti ekonomi yang dijalankan sejak zaman Rasulullah bahkan sebelumnya lagi.

Namun kerana berlaku resolusi perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang mempersetujui mata wang 44 buah negara disandarkan kepada Dolar Amerika. Sejak itu, penggunaan emas sebagai sandaran nilai utama di dalam ekonomi dinafikan. Kemerosotan ekonomi dunia sekarang kian membarah. Kilauan emas dipercayai mampu membawa kepada proses penyembuhannya. Oleh itu, jika korang terpandang perempuan pakai emas 8 tan kat leher dia, tindakan dia harus dipuji! Aku nasihatkan korang simpan la emas dari sekarang, kerana aku menjangkakan satu revolusi sektor ekonomi dunia bakal berlaku dimana emas 200 gram yang korang simpan tu mungkin bernilai 2 juta Ringgit! Apa? Korang ingat aku nak tipu korang lagik? Dont worry la, aku cakap betul nih..

Owhh..lupakan rantai emas celup Zhulian 35 Ringgit korang tu. Tak termasuk dalam revolusi tu nanti. Percayalah cakap aku.

………

Suasana bilik aku macam kilang buat besi.

Bising.

Macam pasar malam pun ada.

Gelak masing-masing pecah dinding rumah.

Tiba-tiba, suasana bertukar sunyi.

Masing-masing berpandangan.

.

.

.

“Jamban betul! Sape kentut?!’

..::J.E.M.P.U.T.A.N::K.A.H.W.I.N::..

•5 March, 2009 • 17 Comments

“Assalamualaikum wth. Alhamdulillahirabbil Alamin, segala pujian dan syukur hanya ke hadrat Ilahi, solawat dan salam keatas junjungan Rasulullah S.A.W, sahabat², isteri²  Baginda serta para pembaca sekalian yang saya kasihi. Semoga anda berada di dalam payungan Rahmat dan Barakahnya. Dengan ini, saya Mohamad Nor Shahiddan bin Mazlan, dengan penuh hormat menjemput anda sekalian ke majlis pernikahan saya yang bakal diadakan pada minggu hadapan bertarikh 14 Mac 2009 di Masjid Sunnah, Rabat, Morocco. Pengantin perempuan, Fatimah Elhasyimie juga berbesar hati dengan kedatangan anda sekeluarga ke majlis ini. Terima Kasih

Wassalam”

https://i0.wp.com/z.hubpages.com/u/450545_f520.jpg


Mesti korang terkejut muntah darah kan? Nak lagi Mak Long Ida aku yang baca benda nih. Anak buah dia yang selalu gelak-gelak main hingus masa kecik dulu nak sara anak orang? Minah Arab pulak tu. Jemput la datang aku kawen nanti. Bini aku pun tak kesah kawen ngan orang asing dari Malaysia macam aku nih. Dia yang nakkan aku dulu. Aku dari dulu sepatutnya bercadang nak kawen umur 25 tahun, tapi jodoh dah sampai masa umur 20 nih, kawen jelah. Jodoh dan maut kan di tangan Tuhan, jadi aku kawen jelah. Jemput datang ye minggu depan kat Rabat. Budak² persatuan mahasiswa kat sini pun dijemput hadir sama meraikan hari bersejarah ni. Doakan aku bahagia dunia akhirat, InsyaAllah. Aku akan pertahankannn mahligaiii cinnnttttaaa yyyyaaanng aakkuu bbbbbbbinajjdkjm!é:,/!é”!!ù$^=)çà(_………

.

.

.

.

.

Woiii!!!! Shidan!!Bangkit!  Dah pukul 12.30 potang ko tau! Lambek poie kuliah kang!!

Arrghhh…!! Alien punya Iskandar, baru nak layan kawen minah Arab..ayam hutan betul!

p/s: Gambar diatas bukan gambar sebenar.

………

Kahwin. Hahahaha..sori la geng, saja nak wat Gubra gabra sikit hari khamis macam nih. Yelah, hidup tak berseri kalau tiada kejutan kan. Itu bak kata kawan yang kejut aku bangun setiap hari tu la kan. Bukan aku. Hohohoh.. Jika dilihat perspektif  kahwin dari segi perundangan, ia ditakrifkan sebagai hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta.

Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Sorry, aku bukan nak cerita bab Feqah atau ikhtilaf ulama’ pasal kawen ye. Itu boleh carik di blog lain yang lebih ilmiah serta penuh info² tentang agama Islam yang mulia. Blog ini bukan tempat yang anda cari. OK, aku bila diajukan pasal kahwin, memang semangat. Siapa tak semangat, kawen beb. Mesti best. Jadi suami. Semua bini siapkan. Makan bini masak, balik keje dia tolong urut, mintak je nasik goreng pattaya kurang sayur, mesti dia buat punye. Seluar dalam Crocodile koyak patbelas korang pun dia akan cuci pakai mesin basuh otometik Panasonic yang korang beli hutang dengan Court Mammoth bulan lepas. Apa lagi yang tak best kahwin ni? Cuba korang cakap.

Tapi, bersediakah korang membayar segala kenikmatan itu dengan tanggungjawab yang begitu berat di sebalik perkahwinan? Yang perempuan diam ok, saya tanya lelaki nih!..hohoho..macam penceramah kursus kawin pulak aku. Bagi aku, aku  perkahwinan adalah tiket kebahagiaan aku unutk dunia dan akhirat. Sebab apa aku cakap macam tu? Bak kata Ustaz Suhaimi, bekas ustaz aku di sekolah dulu, “kepada isteri dan anak-anak kamulah, tiket syurga kamu dibayar, tiada kebajikan kepada mereka, tiket kamu takkan laku untuk Jannah “.  Best betul layan ustaz nih cakap. Sebab itulah aku perlu persiapkan diri aku dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi alam yang bakal aku tempuhi nanti. Aku tak mahu keburukan akhlak dan kefakiran menjadi warisan buat anak bini dan keturunan aku kelak. Aku akan pastikan segala kebajikan dan keperluan duniawi dan ukhrawi mereka lengkap. Mesti korang gelakkan? Alaah..korang mana nak percaya cakap aku yang giler tapi best ni kan? hahah..Keep this in mind. Don’t judge the durian by it’s smell maa.. You’ve got to see my Minah rempit Arab bridal smiling beside me in our solemnization costume. You better watch out aa..

Ape aku merapik nih??

……..

Seafood Spaghetti. Spaghetti yang aku masak masa housemates aku takde kat rumah 2 minggu lepas. Aku berdua je kat rumah dengan kawan aku, Mujahid. Apa lagi, segala seafood aku beli. Jadi ular sawa telan budak aku kekenyangan. Miooww!! bunyi ular sawa cam tu ker??

Seafood Spaghetti

Seafood Spaghetti

Illalliqa’ wa maassalamah.

..::M.U.K.U.S::..

•25 February, 2009 • 19 Comments

Assalamualaikum wth. Korang tahu? Setiap kali aku sign in WordPress, aku takkan lihat berapa komen aku dapat. Itu hanya perkara nombor dua aku dalam berblog ni. Sama macam bini nombor dua aku nanti. Dia mesti yang kedua sebab dia ada madu pertama. Ibarat nye lah kan(ameennn..tapi madu manis kan? hohoh..). Jadi, perkara pertama aku ketika sampai ke dashboard WordPress ini, adalah stats. Stats adalah ringkasan bagi statistik bagi mereka yang masih kabur. Ia berfungsi mengira didalam istilah manualnya, kunjungan dari seberapa banyak bilangan pembaca atau unique visitor ke blog korang. Mengapa aku lihat makhluk konsonan digital bernama stats ini dahulu? Cuba bayangkan, akhbar yang ada di jual setiap pagi kat kedai anne depan pejabat pos kawasan perumahan korang takde siapa nak beli? Contoh, Akhbar Utusan diboikot di Perak. Tak beli maknanya tak baca. Tulusnya,  aku begitu mementingkan jumlah pembaca bukan jumlah komen yang ditinggalkan. Tapi komen dan kritikan adalah aspek yang penting juga supaya keseimbangan the next entry terjamin. Dan aku juga tahu isi hati korang. Tanpa korang(pembaca), sapelah aku(Sila imaginasikan anda sedang muntah darah)..Owhh..Tanpa korang jugak stats aku dah down sekarang sebab aku tau aku tak post.

Inilah stats yang aku maksudkan. Hensem kan?

Inilah stats yang aku maksudkan. Hensem kan?

…..

Mukus. Sudah tiga hari cairan pekat dan likat kehijauan pucuk pisang mendiami hidung mancung gigi tersorong-sorong aku. Oh, hingus ini betul² mencalarkan imej teruna Melayu macho yang aku pertahankan sejak zaman neolitik dulu. Setiap kali ke kedai, tangan kiri aku akan memegang helaian tisu tandas yang dibeli kat Pasaraya Marjaan bulan lepas. Korang tahukan apakah perasaan seorang anak teruna Melayu yang gagah perkasa memacu langkah tapi memegang sehelai tisu bagi mengelap hingus? Ibarat lelaki dikasi anunya! Dunia aku rasakan gelap walaupun jam baru pukul 3 petang. Aku tidur.

Habitat mukus, hidung!

Habitat mukus, hidung!

…..

Petang yang damai di Kenitra, Morocco. Aku berjalan dengan penuh gaya keanggunan dan ketatasusilaan. Berselisih dengan seorang belia Arab berumur lingkungan 20-25 tahun. Seketika kemudian, bahu aku disentuh sedikit kasar. Aku tersentak.

“Assalamualaikum”, sapa remaja arab tersebut.

Aku balas penuh keayuan dan control penapasan.

Do you remember me?”, dia seraya bertanya secara spontan.

I’m sorry sir, I think we’d never met before“, Aku menjawab setelah meneliti wajah dan DNA beliau.

“Kita pernah berjumpa di Peranchis tahun lepas”, dia berkata penuh yakin tanpa was-was.

Aku tergamam dan menekup mulut tanda adat ketimuran masih menebal di jiwa.

“Maaf, aku tak pernah ke Peranchis,” aku berterus terang.

“Owwhh..maaf. Aku salah orang”, dia tersipu. Pigment kulit merah jambunya timbul merona.

Langsung aku bertanya lantaran sikap inkuiri Magellan, “Kawan kau asal mana?”

Dia bersungguh berkata, “Nepal!”

Aku terkesima seolah-olah selepas menerima penampar ghaib kiriman jahannam.

Curiosity kills the cat!

..::K.E.R.I.N.G::..

•19 February, 2009 • 12 Comments

Assalamualaikum wth. Dah beberapa hari rupanya aku tak update blog. Asyik baca blog orang lain tapi bini blog sendiri kegersangan. Hahahaha..Sepanjang rehlah (perjalanan) aku menelusuri blog-blog orang lain, aku jumpa pelbagai jalan cerita, genre, manhaj juga idea dalam rencana diorang. Ada yang sentiasa mengepost entry berunsur Islamik dan dakwah islamiyyah. Ada pula yang bercerita tentang kehidupan seharian mereka, hari ni makan apa, tadi mak aku suruh angkat baju, mak ngah dia kawen lain, dia kena usha dengan awek cun serta bermacam² lagi kerenah serta ragam kehidupan yang rencam. Namun, tidak kurang yang mengkritik situasi politik dunia, tempatan dan menyerang peribadi orang lain dengan kata-kata tidak sepatutnya. Bukan aku nak naqad (komen) atau kritik penulisan blog mereka/ngkorang, tidak sama sekali. Cuma, aku agak terkejut dengan pembangunan minda rakyat Malaysia(sebab aku baca blog berbahasa Melayu jer..hhohoh) yang kian berkembang dari semasa ke semasa. Mereka mula memahami dan peka dengan situasi yang berlaku disekeliling. Tapi tak kisahlah, blog itu hak masing-masing. Batasnya, etika penulisan blog yang patut kita patuhi. Bak kata Azwan Ali dalam blog dia, “ada aku kesah?!”..hahahah..Selamat berblog kengkawan!

…..

Kering. Semalam, budak² Kenitra(selamber je kan aku panggil diorang budak² kan? Bese la, aku kan otai ganaz lagi Hard Rock Cafe) buat rombongan Cik Kiah ke Casablanca/Dar ElBaidho’/Rumah Putih untuk membeli kitab² ilmiah sempena Maaradh Kutub (Pameran Buku/Books Fair) yang berlangsung kat sana setahun sekali. Apa yang berlaku kat sana? Aku tak tau. Sebab aku tak ikut.  Memandangkan aku merupakan seorang mahasiswa tajaan ibu ayah aku sendiri tanpa ada mana² biasiswa, aku kekeringan. Owhh..tak perlu lah nak kesian, simpati dan empati dengan diri aku. I m used to be in this situation since the first time i’m here 3 years ago.  Kalau nak berjalan atau beli mende bukan-bukan pon, aku akan bayar atau ready segala bil dan perbelanjaan 3 hingga 4 bulan akan datang. Duit lebih, aku guna untuk objektif tersendiri. Bukanlah sebab ibu ayah aku kejam tak bagi duit, nak beli buku untuk anak dia nan sorang ni, tapi aku sendiri dah habiskan duit dalam bank HSBC tu untuk bayar duit keperluan bulan Mac depan. Nak mintak segan. Aku dari dulu cukup segan nak mintak ibu ayah aku duit. Kalau ibu ayah aku tanya barulah nak bukak mulut duit dah kong. Bertuah diorang dapat anak macam aku kan? hahahah… Sesiapa nak jadikan aku anak, abang, adik mahupun laki angkat sila BUZZ aku kat YM. Bahagia hidup korang nanti..hahahha..

…..

Jangan takut jatuh sebab korang boleh bangun semula.

…..

..::M.A.J.O.R.I.T.I::..

•15 February, 2009 • 5 Comments

Assalamualaikum wth. Hari Sabtu, 14 Februari 2009 aku antara petugas pilihanraya kecil kerusi Timbalan Setiausaha 1 PMMM. Malas nak cakap banyak, undian pengundi berpihak kepada calon fevret, Abdul Rahim bin Zainuddin dengan undi 63.3 peratus. Ramai ahli yang keluar mengundi berbanding yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka kepada persatuan. Sempena kemenangan ini, aku telah mendesign poster kemenangan untuk Rahim dari SPR.

p/s : Aku takde mood dan idea untuk post entry. Korang tak kisahkan?

..::A.G.A.I.N::..

•12 February, 2009 • 6 Comments

Assalamualaikum wth. Sekali lagi aku edit header kat blog aku. Hahahah…seronoknye main edit² nih. Itu sahaja untuk entry tidak berilmiah kali ini. Nanti la aku post entry baru (ayat standart SPM orang pemalas macam aku). Terima kasih kerana bengkek dengan saya. Hohohoho. Jumpa lagi.

p/s : Orang tanya aku, “Kau sokong parti apa?” Aku jawab, “PAS!”.

Sekian, wassalam.

..::K.E.R.U.S.I..P.A.N.A.S::..

•11 February, 2009 • 6 Comments

Assalamualaikum wth.  Pada entry kali ni, aku akan berkempen umum selaku AJK Suruhanjaya Pilihanraya. Bukan SPR Malaysia OK, tapi SPR Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi. Jika Malaysia panas dengan perebutan 2 kerusi ‘Bukit’ iaitu Parlimen Bukit Gantang Gantang di Perak  dan kerusi Bukit Selambau  di Kedah, Persatuan Mahahsiswa Malaysia di Maghribi(PMMM) pula begitu hangat dengan kerusi Timbalan Setiausaha 1. Kerusi ini terpaksa dipertandingkan semula setelah diputuskan oleh SPR PMMM apabila bekas penyandang kerusi ini meletakkan jawatan pada pertengahan Januari 2009 lalu akibat dipaksa melompat gaung oleh parti berhaluan kiri iaitu Parti Republikan. Setelah undian penamaan calon diadakan pada minggu lalu, keputusan menyaksikan 3 orang calon yang telah disenarai pendekkan daripada 46 calon berjaya dilaksanakan tanpa keganasan dan kekerasan terutama dari pihak polis dan FRU. Calon tersebut adalah Insinerator Senator Abdul Rahim bin Zainuddin, Tok Datuk Azri Amin bin Che Din dan Yang amat dikasihi Muhammad Hamiz Aizuddin bin Yasir.Butir-butir pilihanraya adalah seperti berikut,

..::Latar Belakang Calon::..

Abdul Rahim Zainuddin

Merupakan mahasiswa tahun dua bagi Pengajian Sastera Bahasa Arab di Universiti Mohd V, Rabat. Kini memegang tampuk organisasi Grup Karyawan Luar Negara(GLKN) Cawangan Afrika Utara. Aktif dalam aktiviti kesusasteraan baik dari segi sajak dan cerpen. Juga pernah dinobatkan sebagai Naib Johan je bagi pertandingan sajak anjuran GKLN Antarabangsa pada tahun 2008. Selain mahir dan aktif berpuisi, beliau juga mempunyai kelebihan dalam bidang seni tari Zapin walaupun baru mempelajarinya tidak sampai satu malam.

Azri Amin bin Che Din

Beliau merupakan mahasiswa tahun satu (Master) Kajian El Qawaid El Fiqhiah Wa Usuliah Wa Tadbiqatuha Fi El Ahkam El Nawazil Wa El Wathaiq di Universiti Sidi Mohemed Bin Abdellah Dhar Mehrez, Fez. Bidang pengajian yang telah disebutkan tadi membuktikan beliau adalah seorang yang memiliki pemikiran yang begitu mendalam dan abstrak. Insiden ditahan di Casablanca kerana dituduh pengebom berani mati tidak pernah mematikan hasrat beliau untuk berjangggut ala² Osama Bin Laden. Selain mengumpul setem diwaktu terluang, beliau juga aktif dalam bidang muat turun ceramah dari ulama² tersohor. External hard disk yang dibawanya sepanjang masa membuktikan beliau adalah seorang yang cintakan ilmu.

Muhammad Hamiz Aizuddin bin Yasir

Merupakan mahasiswa tahun dua jurusan Pengajian Islam Universiti Mohd V, Rabat. Seorang yang begitu tekun dan seni didalam sebarang kerja yang dilakukannya. Beliau telah dinobatkan sebagai Second Stage Senior Iron Chef of PMMM kerana kepakaran memasaknya yang semulajadi dan tiada tolok tandingnya.  Selain itu, sikap beliau yang suka beramas mesra dan ramah sesama rakyat turut menjadi bualan ramai. Selain kacak, beliau juga pandai membuat karipap pusing.

……….

Dengan ini, pihak SPR PMMM, mengharapkan para penyokong ketiga² parti tidak membuat sebarang kekecohan dan terlalu fanatik di dalam tempoh berkempen sepanjang minggu ini. Sebarang laporan mengenai pengundi hantu hendaklah dilaporkan secepat mungkin bagi menahan mereka dari terus melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Pihak kami juga akan menjalankan urusan pengundian selaras dengan moto kami, Telus, Cekap dan Amanah Saham Berhad dimana tiadanya unsur-unsur penyelewengan seperti undi pos.  Dengan ini, pihak kami mengucapkan, (sebut ramai-ramai), Selamat Mengundi!

AJK SPR PMMM