..::K.E.R.U.S.I..P.A.N.A.S::..

Assalamualaikum wth.  Pada entry kali ni, aku akan berkempen umum selaku AJK Suruhanjaya Pilihanraya. Bukan SPR Malaysia OK, tapi SPR Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi. Jika Malaysia panas dengan perebutan 2 kerusi ‘Bukit’ iaitu Parlimen Bukit Gantang Gantang di Perak  dan kerusi Bukit Selambau  di Kedah, Persatuan Mahahsiswa Malaysia di Maghribi(PMMM) pula begitu hangat dengan kerusi Timbalan Setiausaha 1. Kerusi ini terpaksa dipertandingkan semula setelah diputuskan oleh SPR PMMM apabila bekas penyandang kerusi ini meletakkan jawatan pada pertengahan Januari 2009 lalu akibat dipaksa melompat gaung oleh parti berhaluan kiri iaitu Parti Republikan. Setelah undian penamaan calon diadakan pada minggu lalu, keputusan menyaksikan 3 orang calon yang telah disenarai pendekkan daripada 46 calon berjaya dilaksanakan tanpa keganasan dan kekerasan terutama dari pihak polis dan FRU. Calon tersebut adalah Insinerator Senator Abdul Rahim bin Zainuddin, Tok Datuk Azri Amin bin Che Din dan Yang amat dikasihi Muhammad Hamiz Aizuddin bin Yasir.Butir-butir pilihanraya adalah seperti berikut,

..::Latar Belakang Calon::..

Abdul Rahim Zainuddin

Merupakan mahasiswa tahun dua bagi Pengajian Sastera Bahasa Arab di Universiti Mohd V, Rabat. Kini memegang tampuk organisasi Grup Karyawan Luar Negara(GLKN) Cawangan Afrika Utara. Aktif dalam aktiviti kesusasteraan baik dari segi sajak dan cerpen. Juga pernah dinobatkan sebagai Naib Johan je bagi pertandingan sajak anjuran GKLN Antarabangsa pada tahun 2008. Selain mahir dan aktif berpuisi, beliau juga mempunyai kelebihan dalam bidang seni tari Zapin walaupun baru mempelajarinya tidak sampai satu malam.

Azri Amin bin Che Din

Beliau merupakan mahasiswa tahun satu (Master) Kajian El Qawaid El Fiqhiah Wa Usuliah Wa Tadbiqatuha Fi El Ahkam El Nawazil Wa El Wathaiq di Universiti Sidi Mohemed Bin Abdellah Dhar Mehrez, Fez. Bidang pengajian yang telah disebutkan tadi membuktikan beliau adalah seorang yang memiliki pemikiran yang begitu mendalam dan abstrak. Insiden ditahan di Casablanca kerana dituduh pengebom berani mati tidak pernah mematikan hasrat beliau untuk berjangggut ala² Osama Bin Laden. Selain mengumpul setem diwaktu terluang, beliau juga aktif dalam bidang muat turun ceramah dari ulama² tersohor. External hard disk yang dibawanya sepanjang masa membuktikan beliau adalah seorang yang cintakan ilmu.

Muhammad Hamiz Aizuddin bin Yasir

Merupakan mahasiswa tahun dua jurusan Pengajian Islam Universiti Mohd V, Rabat. Seorang yang begitu tekun dan seni didalam sebarang kerja yang dilakukannya. Beliau telah dinobatkan sebagai Second Stage Senior Iron Chef of PMMM kerana kepakaran memasaknya yang semulajadi dan tiada tolok tandingnya.  Selain itu, sikap beliau yang suka beramas mesra dan ramah sesama rakyat turut menjadi bualan ramai. Selain kacak, beliau juga pandai membuat karipap pusing.

……….

Dengan ini, pihak SPR PMMM, mengharapkan para penyokong ketiga² parti tidak membuat sebarang kekecohan dan terlalu fanatik di dalam tempoh berkempen sepanjang minggu ini. Sebarang laporan mengenai pengundi hantu hendaklah dilaporkan secepat mungkin bagi menahan mereka dari terus melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Pihak kami juga akan menjalankan urusan pengundian selaras dengan moto kami, Telus, Cekap dan Amanah Saham Berhad dimana tiadanya unsur-unsur penyelewengan seperti undi pos.  Dengan ini, pihak kami mengucapkan, (sebut ramai-ramai), Selamat Mengundi!

AJK SPR PMMM

Advertisements

~ by syahidd on 11 February, 2009.

6 Responses to “..::K.E.R.U.S.I..P.A.N.A.S::..”

  1. Hoho~ Apabila SPR melobi =D

    :: Telus, Cekap, dan Amanah ::

    Tiga2 besh..which one heh?

  2. undi lah memana yang anda suke…!

  3. wah..mantop..mantop

    tak tahu nak pilih yang mana.

    apa pasal nama kau tak ada?

    kalau tak confirm calon feberet..ha ha..

    nasib kau lobi 3 3 sekali,kalau kau lobi sorang je,confirm aku naik jadi spr..kakaka

  4. Errrr…orang luar boleh undi ke ni? Kak undi yang iron chef tu…hahaha

  5. hoohohoh..shidan dah tau kan calon kiter??so aper tunggu lagi? vote..!!!! bestneyr blog shidan suke sangat..tabarakallah 3alaik

  6. ahha~ lawak tol entri kali ini, beku perut ketawa. haha~ shidan…cantik banner. benci tol.cuba tukar muka tu kepada muka Al-Fannani dan send email, pasti lawa…ahha~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: