..::B.A.S.T.E.L.A::..

Assalamualaikum wth. Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, lelaki seharusnya menjaga ego dan maruah. Tanpa ego, lelaki sama sahaja seperti selendang Erra Fazira yang meliuk-liuk dihayun kekanan dan kekiri di atas pentas AJL mengikut sesuka hati oleh seorang wanita. Begitu tiada harga. Sifar. Lelaki harus pertahankan kelakiannya walau bagaimana keadaan genting sekalipun. Tetapi jika tayar basikal yang lelaki itu tunggang pancit ditengah jalan dan terpaksa diheret sejauh 5 kilometer dengan barang-barang pasaraya yang banyak di tengah panas, ego kau pasti lemah. Serious! Senyum sumbing gadis-gadis genit dan gedik yang sinis ditepi jalan menambah lagi rencah derita seorang lelaki itu. Arrgghh…terunaku tercalar lagi.

……….

Bastela. Apakah itu Bastela? Berbahayakah ia? Atau spesis pemangsa herbivor yang hidup sekitar 14 juta tahun dahulu di Seremban? Tidak. Ia adalah sejenis makanan tradisi Arab Maghribi yang aku makan minggu lepas di Mohammedia. Sedap. Macam suara Siti Nur Haliza menyanyi lagu Siti Situ Sana Sini. Ala-ala murtabak ayam kat Pasar Malam Bangi tapi bersaiz besar seperti Kak Syarifah Aini dan berinti ayam, telur berempah dan kacang Lus (Almond) kisar. Memang sedap. Tapi susah nak buat. Leceh. Nasib baik Mas Nafir sanggup menggadai maruah diri nak masak. Makanan ini hanya dimakan ketika kenduri kahwin sahaja. Tapi disebabkan nak makan juga, kami semua sanggup buatnya di luar nikah. Owhh..resipi ini antara menu istimewa My Future Restoran Maghribi nanti.

Telur dan Waraqah (kertas) Bastela

Telur dan Waraqah (kertas) Bastela

Bung Nafir dan Bastela

Bung Nafir dan Bastela

Tadaaa...!!!

Tadaaa...!!!

Kenduri

Kenduri

Nak resipi? Klik sini.

……….

Sudut mari berbahasa Inggeris.

1. Practice makes perfect

2.Nobody’s perfect.

So, why do we need practice?

Wassalam. Chiao.

Advertisements

~ by syahidd on 20 March, 2009.

6 Responses to “..::B.A.S.T.E.L.A::..”

  1. Chidan, practice makes perfect but nobody’s perfect. So, why do we need practice? To make that nobody’s perfect. But still nobody’s perfect. That practice is just making nobody’s perfect…kekekeke

    Kak dah tengok la resepi tuh. Tapi rasa nak smack down diri sendiri je lepas baca bahan2 dia… tak faham la…hihihahaha

  2. lela..mana lah ko nak paham resepi mahgribi merepek-repek chidan tu..sah lah tahun depan ktorang sume kena belasah makan resepi dia…owh…tak nak!baik aku makan cekodok ibu chidan dari resepi dia…

  3. nak bungkus 2 hinggit??
    agak2 2hinggit dpt brapa kilo shrfh aini??
    huhu

  4. astaghfirullahalazim..bastela luar nikah!!!bertaubatlah!!

  5. Blog ke 4 yang harus dipulau kerana memaparkan sesuatu yang mengguris hati pembaca.

  6. 14 juta tahun dahulu cuma ade pemakan daging aje di seremban. hoho..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: