..::J.E.M.P.U.T.A.N::K.A.H.W.I.N::..

“Assalamualaikum wth. Alhamdulillahirabbil Alamin, segala pujian dan syukur hanya ke hadrat Ilahi, solawat dan salam keatas junjungan Rasulullah S.A.W, sahabat², isteri²  Baginda serta para pembaca sekalian yang saya kasihi. Semoga anda berada di dalam payungan Rahmat dan Barakahnya. Dengan ini, saya Mohamad Nor Shahiddan bin Mazlan, dengan penuh hormat menjemput anda sekalian ke majlis pernikahan saya yang bakal diadakan pada minggu hadapan bertarikh 14 Mac 2009 di Masjid Sunnah, Rabat, Morocco. Pengantin perempuan, Fatimah Elhasyimie juga berbesar hati dengan kedatangan anda sekeluarga ke majlis ini. Terima Kasih

Wassalam”

https://i1.wp.com/z.hubpages.com/u/450545_f520.jpg


Mesti korang terkejut muntah darah kan? Nak lagi Mak Long Ida aku yang baca benda nih. Anak buah dia yang selalu gelak-gelak main hingus masa kecik dulu nak sara anak orang? Minah Arab pulak tu. Jemput la datang aku kawen nanti. Bini aku pun tak kesah kawen ngan orang asing dari Malaysia macam aku nih. Dia yang nakkan aku dulu. Aku dari dulu sepatutnya bercadang nak kawen umur 25 tahun, tapi jodoh dah sampai masa umur 20 nih, kawen jelah. Jodoh dan maut kan di tangan Tuhan, jadi aku kawen jelah. Jemput datang ye minggu depan kat Rabat. Budak² persatuan mahasiswa kat sini pun dijemput hadir sama meraikan hari bersejarah ni. Doakan aku bahagia dunia akhirat, InsyaAllah. Aku akan pertahankannn mahligaiii cinnnttttaaa yyyyaaanng aakkuu bbbbbbbinajjdkjm!é:,/!é”!!ù$^=)çà(_………

.

.

.

.

.

Woiii!!!! Shidan!!Bangkit!  Dah pukul 12.30 potang ko tau! Lambek poie kuliah kang!!

Arrghhh…!! Alien punya Iskandar, baru nak layan kawen minah Arab..ayam hutan betul!

p/s: Gambar diatas bukan gambar sebenar.

………

Kahwin. Hahahaha..sori la geng, saja nak wat Gubra gabra sikit hari khamis macam nih. Yelah, hidup tak berseri kalau tiada kejutan kan. Itu bak kata kawan yang kejut aku bangun setiap hari tu la kan. Bukan aku. Hohohoh.. Jika dilihat perspektif  kahwin dari segi perundangan, ia ditakrifkan sebagai hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta.

Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Sorry, aku bukan nak cerita bab Feqah atau ikhtilaf ulama’ pasal kawen ye. Itu boleh carik di blog lain yang lebih ilmiah serta penuh info² tentang agama Islam yang mulia. Blog ini bukan tempat yang anda cari. OK, aku bila diajukan pasal kahwin, memang semangat. Siapa tak semangat, kawen beb. Mesti best. Jadi suami. Semua bini siapkan. Makan bini masak, balik keje dia tolong urut, mintak je nasik goreng pattaya kurang sayur, mesti dia buat punye. Seluar dalam Crocodile koyak patbelas korang pun dia akan cuci pakai mesin basuh otometik Panasonic yang korang beli hutang dengan Court Mammoth bulan lepas. Apa lagi yang tak best kahwin ni? Cuba korang cakap.

Tapi, bersediakah korang membayar segala kenikmatan itu dengan tanggungjawab yang begitu berat di sebalik perkahwinan? Yang perempuan diam ok, saya tanya lelaki nih!..hohoho..macam penceramah kursus kawin pulak aku. Bagi aku, aku  perkahwinan adalah tiket kebahagiaan aku unutk dunia dan akhirat. Sebab apa aku cakap macam tu? Bak kata Ustaz Suhaimi, bekas ustaz aku di sekolah dulu, “kepada isteri dan anak-anak kamulah, tiket syurga kamu dibayar, tiada kebajikan kepada mereka, tiket kamu takkan laku untuk Jannah “.  Best betul layan ustaz nih cakap. Sebab itulah aku perlu persiapkan diri aku dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi alam yang bakal aku tempuhi nanti. Aku tak mahu keburukan akhlak dan kefakiran menjadi warisan buat anak bini dan keturunan aku kelak. Aku akan pastikan segala kebajikan dan keperluan duniawi dan ukhrawi mereka lengkap. Mesti korang gelakkan? Alaah..korang mana nak percaya cakap aku yang giler tapi best ni kan? hahah..Keep this in mind. Don’t judge the durian by it’s smell maa.. You’ve got to see my Minah rempit Arab bridal smiling beside me in our solemnization costume. You better watch out aa..

Ape aku merapik nih??

……..

Seafood Spaghetti. Spaghetti yang aku masak masa housemates aku takde kat rumah 2 minggu lepas. Aku berdua je kat rumah dengan kawan aku, Mujahid. Apa lagi, segala seafood aku beli. Jadi ular sawa telan budak aku kekenyangan. Miooww!! bunyi ular sawa cam tu ker??

Seafood Spaghetti

Seafood Spaghetti

Illalliqa’ wa maassalamah.

Advertisements

~ by syahidd on 5 March, 2009.

17 Responses to “..::J.E.M.P.U.T.A.N::K.A.H.W.I.N::..”

  1. hakaleh!sepak kang(mcm iklan petronas)terkejut beruk gak tadi..nasib baik ada spegeti ni…sejuk gak hati!jangan berangan ye nak bawak balik minah arab…kang tak sempat sampai beranang..kat KLIA dah kena balun.

  2. Kahkahkah…tergelak sengsorang lak kat sini baca entry merapu Chidan. Tapi kalau dah jodoh, tak kemana. Kalau jodoh Chidan ngan minah Afrika pon, takde sapa yang dapat menghalangnya…kekeke. Tanggungjawab suami memang besar. Tak kurang juga dengan si isteri. Bila bersama memimul tanggungjawab tersebut, everything will be just fine, I tell you.

  3. Chidan…nak sikit spagetti. Letak seafood lebih ek…hehehe

  4. Kalau shidan cakap camni, mmg tak tertipu punye, dah maklum dah. ahha~ Dia kan pernah ke belgium merantau seluruh dunia.

    Mata tak henti2 menengok minah arab tu, adoi! nyesal balik tak angkut sorang. Lawa tau budak tuh.ahha~

  5. arab + nepal = ????

    papar + arab = ????

    lalala…

  6. nak kawin gaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk!!!! sapelah nak kat aku ni??penat hidup bercover tau!!

  7. wow…jom kawen…!! ngeh3

  8. Ekramhakim nak tumbuh gigi kat dahi ke? Meh sini lawan mari.. Tumbuk ni tau~ ahha~

  9. salam haha!!
    aku lmpang ko karang danshi..
    buat klkar tahap iceberg lak..
    haaha! good job though!

  10. ahaha..dutt xley bla..nak kawen ngan arab, belum kawin dah kene campak kuali ats muka..huhu..
    tapi lawa la awek 2?ko sapu kat mana 2?share sket dutt..ngeh2..

  11. bongok shidan!! mati² aku percaya ko tau…!!
    aku menjerit depan komputer macam nak giler bila baca ko jemput semua ko nak kawen ngan arab..
    hampeh..luruh jantung aku..kalo mati sape nak jawab??
    fuuhh..panas kepala otak aku kejap..

  12. salam.buat darah orang naik jer ko ni.suke buat provokasi.huhuhu

  13. mak long,
    hahaha..jangan tak tau,
    ibu dah bagi lampu hjau..miahahaha..

    kak lela,
    afrika? simpang malaikat 44 kak..bukan ape, takut memalam dia invicible..hahhaah…
    nanti saya letak sipot sekali k! huhuhu..

    Al-fannani,
    errr..ermm..errr..belgium? kekeke..ingat lagi mende tuh? hahah..
    itu la, dah terlepas baru nak nyesal..x pe, nanti saya pos laju ke sabah. kuikuikuikui…

    ikramhalim,
    tau la ko muka bangla ikram. jangan la berlagak plak..muahahaha..

    Jalen,
    Iceberg tidak kena-mengena disini..harap maklum..miamiamiamia..

    kau,
    jangan memain beb, ko tanya budak² nih, berapa ramai dah minah arab kat sini main mata ngan aku? aku je yang x layan sebab nak bagi ko can..hahahah..

    megat,
    itu la ko, gelojoh. baca x abes dah buat inferens. owhh..aku boleh support kain kapan 5 meter kalo ko nak..keskeskes…

    are peace tzu deen,
    hahhaha..sorry²! aku nih bukan ape, cuma nak bagi korang relax jer, x sangka pulak boleh sampai darah tinggi pulak..hahaha..sorry²

  14. jahatnye balas bangla terus…bukan bangla la..cume iras2 dev patel yg menang OSCAR tu..eheh..pasni ada org mntk berlakon slumdog milionaire 2 plak..dalam dilemma ni..huhu

    abg acek,saya mntk kasi kat kepala lutut jer la..klu sampai la..ekekek…zalim3..=P

  15. cantiknya minah 2..

  16. aku bc pun takkan percaya bnda alah ni de..hahaha..instinct aku kuat..tp ada bdk tu tnya aku betul2..”betul ke Shidan tuh nk kawen??”..aku jwb..”jgn la percaya stkt ni..blja pun tak abis lagi”..hahahaha

  17. miss gaza,
    kan..kan..? Termimpi² dia tidur kat sebelah..hahahah…

    alifdalmim,
    ni lah sentimen kawen lambat yang diprovokasi oleh yahudi..hishh..kesian betul kalau ada org terkesan dengan dakyah nih.

    (kekek..sape la antara makhluk tu? kuikuikui..!!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: