..::K.E.R.I.N.G::..

Assalamualaikum wth. Dah beberapa hari rupanya aku tak update blog. Asyik baca blog orang lain tapi bini blog sendiri kegersangan. Hahahaha..Sepanjang rehlah (perjalanan) aku menelusuri blog-blog orang lain, aku jumpa pelbagai jalan cerita, genre, manhaj juga idea dalam rencana diorang. Ada yang sentiasa mengepost entry berunsur Islamik dan dakwah islamiyyah. Ada pula yang bercerita tentang kehidupan seharian mereka, hari ni makan apa, tadi mak aku suruh angkat baju, mak ngah dia kawen lain, dia kena usha dengan awek cun serta bermacam² lagi kerenah serta ragam kehidupan yang rencam. Namun, tidak kurang yang mengkritik situasi politik dunia, tempatan dan menyerang peribadi orang lain dengan kata-kata tidak sepatutnya. Bukan aku nak naqad (komen) atau kritik penulisan blog mereka/ngkorang, tidak sama sekali. Cuma, aku agak terkejut dengan pembangunan minda rakyat Malaysia(sebab aku baca blog berbahasa Melayu jer..hhohoh) yang kian berkembang dari semasa ke semasa. Mereka mula memahami dan peka dengan situasi yang berlaku disekeliling. Tapi tak kisahlah, blog itu hak masing-masing. Batasnya, etika penulisan blog yang patut kita patuhi. Bak kata Azwan Ali dalam blog dia, “ada aku kesah?!”..hahahah..Selamat berblog kengkawan!

…..

Kering. Semalam, budak² Kenitra(selamber je kan aku panggil diorang budak² kan? Bese la, aku kan otai ganaz lagi Hard Rock Cafe) buat rombongan Cik Kiah ke Casablanca/Dar ElBaidho’/Rumah Putih untuk membeli kitab² ilmiah sempena Maaradh Kutub (Pameran Buku/Books Fair) yang berlangsung kat sana setahun sekali. Apa yang berlaku kat sana? Aku tak tau. Sebab aku tak ikut.  Memandangkan aku merupakan seorang mahasiswa tajaan ibu ayah aku sendiri tanpa ada mana² biasiswa, aku kekeringan. Owhh..tak perlu lah nak kesian, simpati dan empati dengan diri aku. I m used to be in this situation since the first time i’m here 3 years ago.  Kalau nak berjalan atau beli mende bukan-bukan pon, aku akan bayar atau ready segala bil dan perbelanjaan 3 hingga 4 bulan akan datang. Duit lebih, aku guna untuk objektif tersendiri. Bukanlah sebab ibu ayah aku kejam tak bagi duit, nak beli buku untuk anak dia nan sorang ni, tapi aku sendiri dah habiskan duit dalam bank HSBC tu untuk bayar duit keperluan bulan Mac depan. Nak mintak segan. Aku dari dulu cukup segan nak mintak ibu ayah aku duit. Kalau ibu ayah aku tanya barulah nak bukak mulut duit dah kong. Bertuah diorang dapat anak macam aku kan? hahahah… Sesiapa nak jadikan aku anak, abang, adik mahupun laki angkat sila BUZZ aku kat YM. Bahagia hidup korang nanti..hahahha..

…..

Jangan takut jatuh sebab korang boleh bangun semula.

…..

Advertisements

~ by syahidd on 19 February, 2009.

12 Responses to “..::K.E.R.I.N.G::..”

  1. huhuhu..jgn kata tajaan mak ayah jer kering,saya yang bertaja ni pon tengah kering gak ni…heheh..

    sabar2..bulan 3 nanti zakat masuk!!..huhu~

  2. aku nak ko jadi bapak angkat aku nak tak? kakakaka oi bapak!

  3. hamizaizuddin,
    hohooh…yeke miz? leh le belanja..dajjaj kamil kat qamrah udahle..huahiuahua..

    kamitaken,
    Bole nak lotpi, tapi kena ada yuran pendaftaran, 50 euro setahun….muahahahahahah..!!!

  4. Huhu~

    Kekeringan melampau di musim sejuk…Hoho~

    P/S: tetap juga takut jatuh sbb sakit..isk2

  5. […] Excerpt from:..::K.E.R.I.N.G::.. […]

  6. huhu..
    kring ek?
    gi lah wat part tym basuh pinggn kat restoran mana2…
    hehehe..

  7. kering!kat maklong pun kering..tak boleh bagi.ni misim kemarau nih..tak apa,dah 3 tahun pun ditaja.hanya kita je yang tahu macam en.mazlan dan en zariyah bekerja(tak terikut)..along dah keja boleh mintak ciput kat dia..hehehhehe

  8. Alalalaaaaa…pokai ek? Takpela…biasa2 hidup susah dulu. Nanti dah keje, pengalaman ni jadikan la panduan…kan Chidan kannnn…

    Jom jadi bapak angkat kak, nak tak? hahaha

  9. huhu..
    kring ek?!?
    gi lah wat part tym basuh pnggan kt mna2 rstran!!!
    kekeke

  10. zahirahzahid,
    hohoh…itu yang payah tu..hohoh..
    sila fahami maksud maknawi ayat tersebut..kekekek…

    maklong,
    itu yang segan nak mintak ngan pakcik mazlan ngan auntie zairiyah tu..kekekek…owwhh..along kumpul duit nak kawen, x leh mintak ngan dia..huhuhu..

    kak lela,
    Dah biasa dah pon, tak student la namanya kalo tak pokai..kekekke..
    ermm..dah dua request nak jadikan saya bapak nih..x pe, nanti saya bukak kaunter yek..dtg aa..kuikuikui…

  11. oit adik angkat..hari tuh nampak ramai betul yang nak angkat ko nak campak dalam sungai.kui3x..

  12. alang…along kumpul duit nak kawen?…terjatuh dari kerusi ni baca..hahahahaha(gelak sampai dengar kat morocco)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: