..::M.U.K.U.S::..

Assalamualaikum wth. Korang tahu? Setiap kali aku sign in WordPress, aku takkan lihat berapa komen aku dapat. Itu hanya perkara nombor dua aku dalam berblog ni. Sama macam bini nombor dua aku nanti. Dia mesti yang kedua sebab dia ada madu pertama. Ibarat nye lah kan(ameennn..tapi madu manis kan? hohoh..). Jadi, perkara pertama aku ketika sampai ke dashboard WordPress ini, adalah stats. Stats adalah ringkasan bagi statistik bagi mereka yang masih kabur. Ia berfungsi mengira didalam istilah manualnya, kunjungan dari seberapa banyak bilangan pembaca atau unique visitor ke blog korang. Mengapa aku lihat makhluk konsonan digital bernama stats ini dahulu? Cuba bayangkan, akhbar yang ada di jual setiap pagi kat kedai anne depan pejabat pos kawasan perumahan korang takde siapa nak beli? Contoh, Akhbar Utusan diboikot di Perak. Tak beli maknanya tak baca. Tulusnya,  aku begitu mementingkan jumlah pembaca bukan jumlah komen yang ditinggalkan. Tapi komen dan kritikan adalah aspek yang penting juga supaya keseimbangan the next entry terjamin. Dan aku juga tahu isi hati korang. Tanpa korang(pembaca), sapelah aku(Sila imaginasikan anda sedang muntah darah)..Owhh..Tanpa korang jugak stats aku dah down sekarang sebab aku tau aku tak post.

Inilah stats yang aku maksudkan. Hensem kan?

Inilah stats yang aku maksudkan. Hensem kan?

…..

Mukus. Sudah tiga hari cairan pekat dan likat kehijauan pucuk pisang mendiami hidung mancung gigi tersorong-sorong aku. Oh, hingus ini betul² mencalarkan imej teruna Melayu macho yang aku pertahankan sejak zaman neolitik dulu. Setiap kali ke kedai, tangan kiri aku akan memegang helaian tisu tandas yang dibeli kat Pasaraya Marjaan bulan lepas. Korang tahukan apakah perasaan seorang anak teruna Melayu yang gagah perkasa memacu langkah tapi memegang sehelai tisu bagi mengelap hingus? Ibarat lelaki dikasi anunya! Dunia aku rasakan gelap walaupun jam baru pukul 3 petang. Aku tidur.

Habitat mukus, hidung!

Habitat mukus, hidung!

…..

Petang yang damai di Kenitra, Morocco. Aku berjalan dengan penuh gaya keanggunan dan ketatasusilaan. Berselisih dengan seorang belia Arab berumur lingkungan 20-25 tahun. Seketika kemudian, bahu aku disentuh sedikit kasar. Aku tersentak.

“Assalamualaikum”, sapa remaja arab tersebut.

Aku balas penuh keayuan dan control penapasan.

Do you remember me?”, dia seraya bertanya secara spontan.

I’m sorry sir, I think we’d never met before“, Aku menjawab setelah meneliti wajah dan DNA beliau.

“Kita pernah berjumpa di Peranchis tahun lepas”, dia berkata penuh yakin tanpa was-was.

Aku tergamam dan menekup mulut tanda adat ketimuran masih menebal di jiwa.

“Maaf, aku tak pernah ke Peranchis,” aku berterus terang.

“Owwhh..maaf. Aku salah orang”, dia tersipu. Pigment kulit merah jambunya timbul merona.

Langsung aku bertanya lantaran sikap inkuiri Magellan, “Kawan kau asal mana?”

Dia bersungguh berkata, “Nepal!”

Aku terkesima seolah-olah selepas menerima penampar ghaib kiriman jahannam.

Curiosity kills the cat!

Advertisements

~ by syahidd on 25 February, 2009.

19 Responses to “..::M.U.K.U.S::..”

  1. selsema?biasa lah tu…yang luar biasa nye muka alang sama dengan orang nepal ke?huhuhu..lawak lah pulak.(rahsia kita tau…alang memag handsome sejak azali lagi)

  2. lama tak ngantar komen..

    bley tahan gak tulisan hang ni…

  3. shidut pgotor, nak muntah
    ptutla dia xheran lgsung….walaupun akusaket ati ngan shidut, tp atas dasar iman dan taqwa…(tringat intonasi shidut ngan kak asri) aku bkunjung gak kt blog dia..
    leoas ni xnk la komen da, ko ni ignorant..bukn pasan sgt aku komen pe pun, key la shidut salam sayang dari sahabat ko kt nusantara nih..sian aku taun depan wat heritage study nk g morocco xde duit, tpakse g indon je..

  4. salam..hehe syidan..
    tisu kat sini da jadi macam henpon jer.
    kene ada selalu kat tangan..
    jgn terletak henpon kat idong,
    tisu kat telinger sudaaah..
    hehehe…=p

  5. Errrr…wajah Chidan sama ngan rupa orang Nepal? hohoho
    Chidan selsema ek. Takpelah…sessi menghapuskan dosa2 kecil tu. Sabar, ok…hehehe
    Tak sangka lak buleh tengok stats pengunjung camtu ek. Kira ada peningkatan. Teruskan usaha. Tapi cakap betul la…kak suka ngan tulisan Chidan pasal rupa sama ngan orang Nepal tu…hahaha. Keep up the good work, eyyy….

  6. mak long,
    sheesshh..biar pecah di perut, tapi jangan pecah tembelang..hahah

    abg shafie,
    agak² boley lawan Ramlee Awang Mursyid tak bang? thehehe..

    Halim,
    lama sudah kita tidak bercit cat.Aku ignorant? owhh..aku punya sebab kritikal dalam banyak hal. Woit, baik wat kat Indon dari Morocco yang x de pape nih LIm, siyesly i tell you.

    jejakasenja,
    owhh, henset saya buat tumbuk bawang kat dapur. Antan lesung batu hilang. kuikuikui..

    Kak Lela de Manja,
    Itu yang saya kompius kak. Saya dah hilang integriti memikirkan hal tersebut. Hingus berbahaya jika anda public figure. Tulisan saya ok? ermm..saya menaip la kak, bukan menulis..kekekke..

  7. Dalam selsema pun sempat nak buat lawak lagi ek. Itu kira tulisan la tuh…more to master piece…lalalalala

  8. VIRUS MUKUS???!!

    patotla kat tandas penuh ngn tisu!!merata2..ko punchenye..sasaran tlh dikenalpasti, tindakan lanjut akan diambel..roger..

  9. SyarakaAllah….kupul mukus tu letak dalam botol! pastu cicah ngan kodok hahahaha!

  10. Huhu~

    Syafakallah..

    Aiyak, semua pon nak main2 dgn mukus skrg ni heh??

    Tisu mahal ek..so sile elakkan diri dr terkena virus ini..sesiapa yg berada brkdekatan pmbawaa virus ini hrp berhati-hati..Lalala~

  11. Tak kesah segala mukus hingus kuskus dan cucu cicit dorang, yang menarik mataku ialah kisah remaja Nepal ni. Pecah perut gelak. Suka hati kucing siam die je mamat arab tu. pergh! Ahha~

  12. kak lela,
    kak lela jadik publisher novel saya plak nanti la ye..hohoh..

    asyrazi,
    huh..ke dia punya x ngaku? owwhh..x de tindakan pon setakat hari nih. kekeke..

    abg nafir,
    ishhkk!! buat inti pau lagi best..muahahah..

    zahirah,
    ingat antraks ape? owhh..sangat kejam..diskriminasi nih!

    alfannani,
    bang, nyesal saya kutuk² org nepal kat taman perumahan saya dullu. kat sini Allah bagi petunjuk ke jalan yang luruss..owwhh..sob..sob..sob..

  13. Persatuan Mahasiswa Nepal di Magribi..
    akronim PENAMPAR..best2!hoho..
    xyah gado2 pilih akronim..=P

  14. ekramhalim,
    ada yang makan penampar ni kang..!!

  15. sape name ekramHALIM tlg ngaku erk..eheh

  16. shidan..mehlah dtg mohammedia ader klass bastela bersama sayer! sbb ade orang kaya baru sponsor..hi3

  17. story yg last itu sungguh mencuit hatiku [apsal tone ayat ni ikut tone ko??]hehehe..tanpa dipaksa, hatiku bagai digeletek secara maya oleh shidot yg juga lbih senang dikenali shidan. lantas, tanpa dikawal, jari hantuku yg juga kurnia Allah ini juga dimana digunakan oleh manusia2 kejam utk menunjukkan isyarat tidak baik terus menekan pada kalimah ’16 comments’..maka terhasil la komen ini..sekian, harap maklum.

  18. salam ziarah…blog yang menarik..

  19. Syahidan;

    Salam perkenalan dari kita orang di Yanbu , Saudi …. Kalau ada rezeki you datang buat Umrah nanti, calling calling ler yaaa … boleh kita jumpa ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: