..::M.A.J.O.R.I.T.I::..

•15 February, 2009 • 5 Comments

Assalamualaikum wth. Hari Sabtu, 14 Februari 2009 aku antara petugas pilihanraya kecil kerusi Timbalan Setiausaha 1 PMMM. Malas nak cakap banyak, undian pengundi berpihak kepada calon fevret, Abdul Rahim bin Zainuddin dengan undi 63.3 peratus. Ramai ahli yang keluar mengundi berbanding yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka kepada persatuan. Sempena kemenangan ini, aku telah mendesign poster kemenangan untuk Rahim dari SPR.

p/s : Aku takde mood dan idea untuk post entry. Korang tak kisahkan?

..::A.G.A.I.N::..

•12 February, 2009 • 6 Comments

Assalamualaikum wth. Sekali lagi aku edit header kat blog aku. Hahahah…seronoknye main edit² nih. Itu sahaja untuk entry tidak berilmiah kali ini. Nanti la aku post entry baru (ayat standart SPM orang pemalas macam aku). Terima kasih kerana bengkek dengan saya. Hohohoho. Jumpa lagi.

p/s : Orang tanya aku, “Kau sokong parti apa?” Aku jawab, “PAS!”.

Sekian, wassalam.

..::K.E.R.U.S.I..P.A.N.A.S::..

•11 February, 2009 • 6 Comments

Assalamualaikum wth.  Pada entry kali ni, aku akan berkempen umum selaku AJK Suruhanjaya Pilihanraya. Bukan SPR Malaysia OK, tapi SPR Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi. Jika Malaysia panas dengan perebutan 2 kerusi ‘Bukit’ iaitu Parlimen Bukit Gantang Gantang di Perak  dan kerusi Bukit Selambau  di Kedah, Persatuan Mahahsiswa Malaysia di Maghribi(PMMM) pula begitu hangat dengan kerusi Timbalan Setiausaha 1. Kerusi ini terpaksa dipertandingkan semula setelah diputuskan oleh SPR PMMM apabila bekas penyandang kerusi ini meletakkan jawatan pada pertengahan Januari 2009 lalu akibat dipaksa melompat gaung oleh parti berhaluan kiri iaitu Parti Republikan. Setelah undian penamaan calon diadakan pada minggu lalu, keputusan menyaksikan 3 orang calon yang telah disenarai pendekkan daripada 46 calon berjaya dilaksanakan tanpa keganasan dan kekerasan terutama dari pihak polis dan FRU. Calon tersebut adalah Insinerator Senator Abdul Rahim bin Zainuddin, Tok Datuk Azri Amin bin Che Din dan Yang amat dikasihi Muhammad Hamiz Aizuddin bin Yasir.Butir-butir pilihanraya adalah seperti berikut,

..::Latar Belakang Calon::..

Abdul Rahim Zainuddin

Merupakan mahasiswa tahun dua bagi Pengajian Sastera Bahasa Arab di Universiti Mohd V, Rabat. Kini memegang tampuk organisasi Grup Karyawan Luar Negara(GLKN) Cawangan Afrika Utara. Aktif dalam aktiviti kesusasteraan baik dari segi sajak dan cerpen. Juga pernah dinobatkan sebagai Naib Johan je bagi pertandingan sajak anjuran GKLN Antarabangsa pada tahun 2008. Selain mahir dan aktif berpuisi, beliau juga mempunyai kelebihan dalam bidang seni tari Zapin walaupun baru mempelajarinya tidak sampai satu malam.

Azri Amin bin Che Din

Beliau merupakan mahasiswa tahun satu (Master) Kajian El Qawaid El Fiqhiah Wa Usuliah Wa Tadbiqatuha Fi El Ahkam El Nawazil Wa El Wathaiq di Universiti Sidi Mohemed Bin Abdellah Dhar Mehrez, Fez. Bidang pengajian yang telah disebutkan tadi membuktikan beliau adalah seorang yang memiliki pemikiran yang begitu mendalam dan abstrak. Insiden ditahan di Casablanca kerana dituduh pengebom berani mati tidak pernah mematikan hasrat beliau untuk berjangggut ala² Osama Bin Laden. Selain mengumpul setem diwaktu terluang, beliau juga aktif dalam bidang muat turun ceramah dari ulama² tersohor. External hard disk yang dibawanya sepanjang masa membuktikan beliau adalah seorang yang cintakan ilmu.

Muhammad Hamiz Aizuddin bin Yasir

Merupakan mahasiswa tahun dua jurusan Pengajian Islam Universiti Mohd V, Rabat. Seorang yang begitu tekun dan seni didalam sebarang kerja yang dilakukannya. Beliau telah dinobatkan sebagai Second Stage Senior Iron Chef of PMMM kerana kepakaran memasaknya yang semulajadi dan tiada tolok tandingnya.  Selain itu, sikap beliau yang suka beramas mesra dan ramah sesama rakyat turut menjadi bualan ramai. Selain kacak, beliau juga pandai membuat karipap pusing.

……….

Dengan ini, pihak SPR PMMM, mengharapkan para penyokong ketiga² parti tidak membuat sebarang kekecohan dan terlalu fanatik di dalam tempoh berkempen sepanjang minggu ini. Sebarang laporan mengenai pengundi hantu hendaklah dilaporkan secepat mungkin bagi menahan mereka dari terus melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Pihak kami juga akan menjalankan urusan pengundian selaras dengan moto kami, Telus, Cekap dan Amanah Saham Berhad dimana tiadanya unsur-unsur penyelewengan seperti undi pos.  Dengan ini, pihak kami mengucapkan, (sebut ramai-ramai), Selamat Mengundi!

AJK SPR PMMM

..::N.E.W..L.O.O.K::..

•9 February, 2009 • 16 Comments

Assalamualaikum wth. Mesti korang perasan lawa kan? Blog aku dah berubah wajah dari segi template dan header ala² Novel Ramlee Awang Mursyid tuh (Cover baru album siti pun camnih aku rasa). Dari berwarna hijau aku tukar ke warna hitam gelap zulumat begini. Memang betul hijau adalah warna yang sejuk mata memandang tapi aku lebih sukakan warna yang lebih kontemporari dan urban seperti warna hitam, putih dan coklat dan aku sebenarnya seorang yang obses dengan warna hitam. Kalau korang tanya orang sekeliling yang mengenali diri aku, mereka akan mengetahui tentang hal ini. Wardrobe aku kebanyakannya dipenuhi dengan warna hitam dan putih. Kawan aku tanya, “kenapa kau tukar template blog ko”? Owhh..sebenarnya aku jenis yang suka mengikut perkembangan semasa. Jadi, sempena kes lompat parti di Perak, aku juga tak ketinggalan lompat gaya blog aku. ahaks!

…..

A.N.G.A.H.

Semalam aku ke friendster adik perempuan aku. Dia upload gambar baru. Terkejut aku. Kenapa? Sebab kali pertama aku tengok gambar Angah Pami (which is my second brother and I’m the third one in family) sejak 4 bulan lepas. Nama sebenar dia, Mohamad Nor Fahmi b. Mazlan. Berumur 21 tahun. Abang sulung aku pulak 22 tahun manakala aku 20 tahun. Bermakna, kami bertiga mempunyai selang kelahiran setahun sorang dan mempunyai kuasa Charmed One. Berbalik kepada angah aku ni, aku terkejut abes bila tengok gambar dia ketika family aku melawat dia yang menjalani latihan tentera di Kem Tentera Wataniah Port Dickson Raya Cina 2 minggu lepas. Kurus! Kesian pon ada aku kat dia walaupun dia penah terajang perot aku sampai senak masa aku darjah 2 dulu. Mempunyai rambut yang amat perang macam pelakon Home Alone. Ibu ayah aku tak tahu dari mana gen tersebut membiak dalam keturunan kitorang. Ibu aku cakap, masa mengandungkan dia, ada sorang client syarikat mak aku, omputeh rambut perang, datang kat tempat pejabat ibu aku. Pastu, dia usik perut ibu aku sebab nak rasa baby dalam perut. Ibu aku tak kasi. Hahahah..ibu aku kata Kenan. kakakak..macam². Dan disebabkan rambut dia nih, dia di tuduh mewarnakan rambut oleh cikgu disiplin. Terpaksa la ibu datang sekolah bawak gambar dia masa kecik. Memang haru sebab dia nih.

Dia memang pendiam dan kuat berahsia sampai dia buat keje pasang bendera BN malam² time pilihanraya pon aku tak tau. Dan perkara itu kantoi lepas dia mengigau sebut, “angkat tali bendera tu tinggi skit!” Pernah disebat 3 kali di punggung dalam ritual Public Canning dihadapan perhimpunan sekolah hari Isnin ketika tingkatan 3 kerana terlibat secara tidak langsung dalam kes pukul budak sebaya dia. Dan rotan tersebut telah ditaja sendiri oleh ayah aku. hahaha… Seorang yang amat mementingkan kekemasan dari segala segi seperti lipatan baju, kekemasan bilik dan suka mengemas serta malas membasuh baju sendiri sebab akulah yang membasuhnya. Sikap dia ni tak suka keje dalam tempat berekon (pejabat daa..) walaupun penah dinaikkan pangkat ketika keja kilang dulu tetapi ditolak  kerana ghairah nak masuk askar. Abang aku ni telah mendapat publisiti yang meluas dihati ayah kitorang sebab hanya dia yang sanggup, suka dan ghairah serta bernafsu besar nak jadi tentera seperti ayah aku, Pak Cik Mazlan bin Haji Sapar. Dia pernah cakap kat aku dalam loghat Noghori nya, “Angah lagi suko jadi askar dok kek hutan kawan ngan khinzir hutan dari dok kek pejabat (birokrasi) kawan ngan manusio yang suko tikam kawan sendiri!” Betul jugak tu, jahat² binatang pon dia akan serang kita face to face dari sikap manusia yang pengecut tikam kita dari belakang.  Aku tau aku boleh puji dia kat blog aku nih sebab aku takkan puji dia depan² kerana kebimbangan terhadap tahap pengembangan hidung  beliau pasti memuncak dengan kadar pecutan malar. Dan aku tau, dia tak boleh baca blog aku sebab dia takkan keluar dari kem tersebut selepas 6 bulan. hahahaha..!!! Anyway, we are so proud of you la Angah. Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang………..

Tebuan hitam, gelaran ketika kecil disebabkan tabiat beliau yang suka menggigit sesiapa yang mengganggu habitatnya.

Tebuan hitam, gelaran ketika kecil disebabkan tabiat beliau yang suka menggigit sesiapa yang mengganggu habitatnya.

Ibu aku sangat rendah berbanding tentera-tentera 7 orang yang dilahirkannya.

Ibu aku sangat rendah berbanding tentera-tentera 7 orang yang dilahirkannya.

Anak kedua dan bongsu, sama perangai. Suka menggigit!

Anak kedua dan bongsu, sama perangai. Suka menggigit!

P/S :  Aku rasa aku dah homesick la, sebab aku mimpi malam tadi aku makan nasik panas ngan ikan bawal masak merah kat umah aku. Siyes beb, homesick ke aku ha?

K.U.D.E.T.A

•5 February, 2009 • 13 Comments

Assalamualaikum wth. Kenitra City hujan memanjang seminggu ni. Suhu jatuh takat 2°C. Aku memang tak suka musim sejuk. Tapi apa daya aku sebagai hamba Allah yang hina dina x berdaya nih. Aku lebih suka musim panas yang bersuhu sekitar 34°C. Serious. Keadaan berpeluh adalah kegemaran aku. Aku rasa segar. Tak perlu takut masuk western style toilet 5m x 4m rumah aku ni sebab sejuk. Tak perlu susah-susah angkat tong gas 2 kali seminggu untuk refill pemanas air berfungsi manual buatan Jerman itu. Jogging setiap petang atau pagi tanpa memakai sweater Swatch murah yang merimaskan. Boleh makan ice-cream Cornetto 5.50 Dirham petang-petang. Arghh..aku rindu summer ketika ini. Owhh..Don’t get me wrong! Aku rindu jugak kat Malaysia.  Aku Anak Melayu yang tak mudah lupa.

Hujan rahmat di Kenitra

Hujan rahmat di Kenitra

Kenitra Dead Town in Mid-Winter

Kenitra Dead Town in Mid-Winter

…..

Coup de Tat.  Atau kita sebut ikut Bahasa Melayu, Kudeta. Bermaksud rampasan kuasa dalam usaha menggulingkan kerajaan sedia ada. Itu yang boleh aku sifatkan dalam situasi politik Machivelli yang korup di Perak sekarang. Puak ‘zionis‘ BN yang ada semacam puak Israel yang menghalalkan darah undang-undang untuk dicabul sesuka hati. Idealisme karat lagi menjijikkan yang dikemudi UMNO/BN tidak lagi suci bagi aku. Perjuangan membela Melayu yang mudah lupa dah jauh meyimpang. Mereka umpama Zombi yang tiada hala tuju. Tiada pemimpin berkaliber yang boleh aku percaya kewibawaan mereka. Massacre yang mereka lakukan keatas Negeri Darul Ridhuan baru-baru ini, jelas amat menonjolkan pemikiran singkat lagi lemah pucuk pimpinan negara berdaulat, Malaysia. Setakat majoriti 2 kerusi hasil belian dua Adun ‘bergelumang lumpur rasuah’ tu seolah-olah mengilustrasikan gila kuasa pemimpin kita. Owhhh..sedarlah pemimpin, hidup kau adalah menentukan hala tuju nusa bangsa Malaysia yang makin menjunam sekarang. Maksud aku dari segi kerohanian dan internal. Aku takut bangsa aku lenyap ditelan  dunia yang kian menggila kerana tangan-tangan dosa seperti pemimpin hari ini. Aku tak salahkan sesiapa, tapi jangan sampai maruah entah ke mana kampung sendiri jadi gadaian. Satu je aku mintak, pemimpin yang boleh memimpin! Aku malas tulis panjang-panjang sebab aku tahu suara aku tak kemana. Lainlah tulisan aku ini Anwar Ibrahim.com atau Chedet.com nak siarkan. Mau Najib mengaku dia dalang pembunuhan Altantuya. hahahaha….

…..

Tribute. Owhh..aku baru kenal satu orang sis nih. Kawan kepada Mak Long aku. Kak Lela de Manja (aku saja tambah de Manja tu..hohoh..). Dia ada request gambar dari sini which is Moroccan’s photo untuk dia. Since it is my first hi to her, i dedicated the picture below as my regards wish card. Very happy to know Kak Lela. She’s quite delightful(i think so, even i’ve never meet or see her even once) and she has an informative’s blogsite. To all Ramlee Awang Mursyid die hard fans, please welcome to her site. You’ll never regret. Trust Me. (Kak Lela, you’ve already owe me Ayam Bakar Mayonis treat when i got back…hahahah..!!) My lovely Mak Long Ida and Sis Lela’s blogspot, just click it on the right side of my blog.

Assalamualaikum Kak Lela!

Assalamualaikum Kak Lela!

Untuk Mak Long Ida aku. Orang lain x leh..hohoho...

Untuk Mak Long Ida aku. Orang lain x leh..hohoho...

p/s : Original copyright ye gambar² nih..! X main arr Google nyer..kekekek..

..::H.I.L.A.N.G::..

•2 February, 2009 • 9 Comments

….

Assalamualaikum wth. Ramai orang tanya, “Kenapa kau tak post entry kat blog ko?”. Aku dengan penuh takzim menjawab, “Aku banyak keje la skang, busy skit.” Walaupun ketika itu aku hanya duduk  menghadap komputer Dell yang masih berhutang DH 200 tanpa sebarang kerja sambil minum air kopi segera3 in 1 Radix sejuk semalam. Konklusi mudah tanpa banyak bicara di sini, “Aku malas.”

….

Minggu lepas, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Shabery Chik datang ke Morocco untuk persidangan Kementerian Penerangan Negara² OIC. Jadi, Datuk Othman Samin, Duta Besar kat sini mengadakan majlis makan malam. Aku antara petugas² yang tak bertanggungjawab untuk bahagian makanan. Menu hari tu, Solok Lada, Ikan Parang Goreng, Gulai Daging Salai Dengan Nenas, Sambal Sotong dan Ekor Ayam(Cocktail).  Naik  senak perut aku melantak makanan lebih malam tu. Sebabkan sibuk serve makanan, kitorang yang pelayan² muda belia ni, makan sisa je. Tapi ok lah, sisa makanan pun macam Lunch Set kat Restoran Friday Rabat yang mahal mengutuk tu.

Auntie Rohana, PA baru Duta yang Vogue De Vas dan pandai masak gulai daging.

Auntie Rohana, PA baru Duta yang Vogue De Vas dan pandai masak gulai daging.

Uncle Daud, suami mithali Auntie Rohana. Chef Pastri nih!

Uncle Daud, suami mithali Auntie Rohana. Chef Pastri nih! Owh, dia aku lantik sebagai vokalis band baru aku kat sini, Meet Uncle Daud. Music genre band kitorang Zapin Johor.

Shabery Chik, tau kan yang mana?

Shabery Chik, tau kan yang mana?

Resipi baru aku dapat, Solok Lada.

Resipi baru aku dapat, Solok Lada.

Gambar ini bukan copy paste dari mana² akhbar atau majalah² hiburan!

Gambar ini bukan copy paste dari mana² akhbar atau majalah² hiburan!

Presiden Bernama, eerrr..aku tak ingat nama dia.

Presiden Bernama, eerrr..aku tak ingat nama dia.

Aku tidaklah teruja dengan kedatangan menteri² yang datang dan simpan bau tangan lepas salam dengan dia, tetapi aku suka dengar menteri-menteri berucap secara personal talk dengan penuntut seperti aku. Well, nothing is perfect. Ada kaitan ke dengan storyline aku?

….

Cool kan bila aku buat dotted divider(….) cam kan atas nih? hahahah..

….

Sekarang, pagi-pagi aku dah start jogging balik lepas 3 bulan aku tinggalkan senaman tu. Rasa segar, nyaman dan kadang² aku rasakan aku seperti model syampu Pantene yang kena gam dengan RTM. Hahahaha..

Aku tak jogging dengan kucing aku.

Aku tak jogging dengan kucing aku.

..::Exam::Darah::Photography::..

•22 January, 2009 • 9 Comments

Assalamualaikum wth. Jumpa lagi dalam entry pertama aku lepas exam 2 minggu baru-baru ini.  Beribu² lemon terima kasih kepada yang sudi doakan kejayaan aku. InsyaAllah, kalau murah rezki, makbullah doa-doa korang, Ameen ya Rabbal’alamin. Aku tahu, ada jenis manusia yang boleh beri komitmen yang terbaik untuk melakukan tugas lain walaupun tengah busy. Tetapi tidak pada aku. Aku jenis yang agak susah nak memberi sepenuh perhatian kepada perkara lain jika sibuk. Atau mungkin aku yang buat-buat sibuk? Nuqtoh Muhimmah (Point penting) kat sini, aku minta maaf banyak² sebab x update blog ni. Unique Visitor aku tidaklah se’meriah’ blog chedet.com atau anwaribrahimblog.com mahupun blog sensasi Azwan Haji Ali.Kadar pengunjung blog ni hanyalah berpurata 46 orang sehari. Jadi, adalah satu kemestian untuk aku meminta maaf kepada mereka yang melayari blog aku yang tidak berhapdet. Ampun banyak² okey. Terima kasih kerana sudi membaca rencana minda kolot dan klise aku.

………………………………………………………………………………………………………..

Kelmarin, hari Selasa. Apa yang ada hari selasa kelmarin? Bush kene baling kasut Montadar lagi ker? Ada demonstrasi pasal Ziana Zain kalah dalam AJL 23 Ahad hari tu ke? Tak. Sebenarnya, aku habis exam syafawi (ujian lisan) hari Isnin petang dulu kelmarin subjek Sejarah Islam di Barat. Petang tu, budak² nih bagi tau yang esoknye iaitu kelmarin ada kempen derma darah anjuran Jabatan Kesihatan Maghribi. Darah-darah tu akan disalurkan ke hospital di Palestine.  Aku yang tak pernah meyumbang darah ni, punyalah excited macam esok aku nak nikah. Malam tuh, aku pun menge’search’ pakai Google semua info² tentang menderma darah atau dalam bahasa arab ‘tabarruu’u dammi’. Banyak jugak info² yang aku fikir tidak ramai dikalangan kita tahu. Antara kebaikan menderma darah ni, mampu melicinkan dan membersihkan perjalanan darah apabila darah kita di ‘generate’ semula nanti. Dan yang penting, tugas kita sebagai manusia yang membantu manusia lain. Tambah pula, aku rasakan yang diri aku tidak menyumbang langsung kepada saudara² seagama aku di Palestine. Setakat aku boikot tak minum Coke, sampai bila aku mampu bertahan. Jadi, dengan semangat berkobar-kobar bercampur gegar lutut, aku pun derma la se’pain’ darah aku yang tidak seberapa ni. Takdelah sakit pun. Saspen je lebih. HUh! Doktor tu, kata aku boleh menderma semula selepas dua bulan. Dan aku akan jadikan aktiviti menderma darah ni setiap 2 bulan. Kalau doktor kat situ lawa-lawa macam Siti Nurhaliza atau Erra Fazira ke, mau je aku derma organ aku sekali.HOhohohohoho…Ces, kalo macam tu, baik tak payah derma. Bukan kerana Allah!(Kembali berimej suci)

Isi borang pendaftaran dilakonkan oleh Imam Hariz

Isi borang pendaftaran dilakonkan oleh Imam Hariz

Ujian Kesihatan. Caption paling sesuai, "Awak disahakan HIV positif!"

Ujian Kesihatan. Caption paling sesuai, "Awak disahkan HIV positif!"

Doktor yang inject ni tidak cun

Fakta : Doktor yang inject ni tidak cun

Huh! Tak sakit langsung! Dermalah darah anda sekarang!

Huh! Tak sakit langsung! Dermalah darah anda sekarang!

Darah aku yang suci kudus..kekekeke

Darah aku yang suci kudus..kekekeke

…………………………………………………………………………………………………………

Balik menderma dara darah tu, aku dengan Syarif, junior tahun satu yang berjiwa kebinatangan (sebab dia suka menternak menatang kat umah aku), singgah kat taman sampah bunga. Aku menemui scene yang paling best kalau buat wedding photography. Nak pulak time tuh lepas hujan. Syarif yang macam anak murid aku nih, aku arahkan dengan penuh kekerasan dan kezaliman bagaimana menangkap gambar bunga dengan komposisi yang betul. Aku jugak sempat posing persis malaikat maut kat situ sambil diperhatikan oleh dua tiga orang bermuka ala² Micheal Scoffield dalam citer Prison Break. Nanti aku nak buat phtography kat situ lagi. Jangan terkejut nanti ada gambar budak-budak rumah aku posing model America’s Next Top Model!

-Tiada Komen-

-Tiada Komen-

Penternak Hamster Nasional

Penternak Hamster Nasional

Dapatkan di Pasar Besar Selayang..wakakakaka..

Dapatkan di Pasar Besar Selayang..wakakakaka..

Owhh..kelmarin Hari Lahir Iskandar. Sanah Helwa Ya Gameel! Baru buat parti liar tadi..hohohohooh…Semalam pulak hari lahir adik aku, Mohd Shaziman b. Mazlan. Semoga berjaya dalam hidup dan murah rezeki serta bertambah kurus. Kekekekek..ok, aku tidur dulu. Bisihhah warrahah.

Wassalam