..::N.E.W..L.O.O.K::..

Assalamualaikum wth. Mesti korang perasan lawa kan? Blog aku dah berubah wajah dari segi template dan header ala² Novel Ramlee Awang Mursyid tuh (Cover baru album siti pun camnih aku rasa). Dari berwarna hijau aku tukar ke warna hitam gelap zulumat begini. Memang betul hijau adalah warna yang sejuk mata memandang tapi aku lebih sukakan warna yang lebih kontemporari dan urban seperti warna hitam, putih dan coklat dan aku sebenarnya seorang yang obses dengan warna hitam. Kalau korang tanya orang sekeliling yang mengenali diri aku, mereka akan mengetahui tentang hal ini. Wardrobe aku kebanyakannya dipenuhi dengan warna hitam dan putih. Kawan aku tanya, “kenapa kau tukar template blog ko”? Owhh..sebenarnya aku jenis yang suka mengikut perkembangan semasa. Jadi, sempena kes lompat parti di Perak, aku juga tak ketinggalan lompat gaya blog aku. ahaks!

…..

A.N.G.A.H.

Semalam aku ke friendster adik perempuan aku. Dia upload gambar baru. Terkejut aku. Kenapa? Sebab kali pertama aku tengok gambar Angah Pami (which is my second brother and I’m the third one in family) sejak 4 bulan lepas. Nama sebenar dia, Mohamad Nor Fahmi b. Mazlan. Berumur 21 tahun. Abang sulung aku pulak 22 tahun manakala aku 20 tahun. Bermakna, kami bertiga mempunyai selang kelahiran setahun sorang dan mempunyai kuasa Charmed One. Berbalik kepada angah aku ni, aku terkejut abes bila tengok gambar dia ketika family aku melawat dia yang menjalani latihan tentera di Kem Tentera Wataniah Port Dickson Raya Cina 2 minggu lepas. Kurus! Kesian pon ada aku kat dia walaupun dia penah terajang perot aku sampai senak masa aku darjah 2 dulu. Mempunyai rambut yang amat perang macam pelakon Home Alone. Ibu ayah aku tak tahu dari mana gen tersebut membiak dalam keturunan kitorang. Ibu aku cakap, masa mengandungkan dia, ada sorang client syarikat mak aku, omputeh rambut perang, datang kat tempat pejabat ibu aku. Pastu, dia usik perut ibu aku sebab nak rasa baby dalam perut. Ibu aku tak kasi. Hahahah..ibu aku kata Kenan. kakakak..macam². Dan disebabkan rambut dia nih, dia di tuduh mewarnakan rambut oleh cikgu disiplin. Terpaksa la ibu datang sekolah bawak gambar dia masa kecik. Memang haru sebab dia nih.

Dia memang pendiam dan kuat berahsia sampai dia buat keje pasang bendera BN malam² time pilihanraya pon aku tak tau. Dan perkara itu kantoi lepas dia mengigau sebut, “angkat tali bendera tu tinggi skit!” Pernah disebat 3 kali di punggung dalam ritual Public Canning dihadapan perhimpunan sekolah hari Isnin ketika tingkatan 3 kerana terlibat secara tidak langsung dalam kes pukul budak sebaya dia. Dan rotan tersebut telah ditaja sendiri oleh ayah aku. hahaha… Seorang yang amat mementingkan kekemasan dari segala segi seperti lipatan baju, kekemasan bilik dan suka mengemas serta malas membasuh baju sendiri sebab akulah yang membasuhnya. Sikap dia ni tak suka keje dalam tempat berekon (pejabat daa..) walaupun penah dinaikkan pangkat ketika keja kilang dulu tetapi ditolak  kerana ghairah nak masuk askar. Abang aku ni telah mendapat publisiti yang meluas dihati ayah kitorang sebab hanya dia yang sanggup, suka dan ghairah serta bernafsu besar nak jadi tentera seperti ayah aku, Pak Cik Mazlan bin Haji Sapar. Dia pernah cakap kat aku dalam loghat Noghori nya, “Angah lagi suko jadi askar dok kek hutan kawan ngan khinzir hutan dari dok kek pejabat (birokrasi) kawan ngan manusio yang suko tikam kawan sendiri!” Betul jugak tu, jahat² binatang pon dia akan serang kita face to face dari sikap manusia yang pengecut tikam kita dari belakang.  Aku tau aku boleh puji dia kat blog aku nih sebab aku takkan puji dia depan² kerana kebimbangan terhadap tahap pengembangan hidung  beliau pasti memuncak dengan kadar pecutan malar. Dan aku tau, dia tak boleh baca blog aku sebab dia takkan keluar dari kem tersebut selepas 6 bulan. hahahaha..!!! Anyway, we are so proud of you la Angah. Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang………..

Tebuan hitam, gelaran ketika kecil disebabkan tabiat beliau yang suka menggigit sesiapa yang mengganggu habitatnya.

Tebuan hitam, gelaran ketika kecil disebabkan tabiat beliau yang suka menggigit sesiapa yang mengganggu habitatnya.

Ibu aku sangat rendah berbanding tentera-tentera 7 orang yang dilahirkannya.

Ibu aku sangat rendah berbanding tentera-tentera 7 orang yang dilahirkannya.

Anak kedua dan bongsu, sama perangai. Suka menggigit!

Anak kedua dan bongsu, sama perangai. Suka menggigit!

P/S :  Aku rasa aku dah homesick la, sebab aku mimpi malam tadi aku makan nasik panas ngan ikan bawal masak merah kat umah aku. Siyes beb, homesick ke aku ha?

Advertisements

~ by syahidd on 9 February, 2009.

16 Responses to “..::N.E.W..L.O.O.K::..”

  1. wo hooo..hensemnye….>>>>> template baru ni.. 😉

    santek2..cool + urban…tapi macam pernah tengok template ni.rancang ke? oh ho hoi…

  2. Hoho~ boleh la En. Syahidd..itu mmmg gaye homesick yg amat ketara..muahaha

    Erm..Sila upload gambar anak hamster yer..nk tgk bakal menantu.. Hahaha~

    Nice look~ Nangis siti tgk header tu.. =P

  3. salam.apasal gelap nie.x berapa terang la…huhuhu..xpe hitam itu warna…yang penting isi mesti baik..adios amigos

  4. Cik Shinju,
    Terima kasih, dan siyesly, aku tak paham yang ko cuba sampaikan.

    Cik chip errr…zahirah,
    Mungkin kot, ni yang risau nih. Bakal menantu kita akan diupload pada entry akan datang, insyaallah.

    Incik are peace,
    nanti saya bayar bil letrik yer..hahahah…
    Hitam itu Peryllis. (Betul ke ejaan dia nih?)

  5. komen 1:
    Waa!! Dah betuka wajahaha…tapi, template ni nampak klise..ramai yg pki template sebegini..huh..tapi lawa.

    komen 2:
    uish..header pun baru, menarikekekeke…bajet jambu + siyes je gmbr kt header tu..nk kne conteng nnti..

    komen 3:
    fuiyo..abg ko nmpk kelelakiannya..(ermm, aku? hehe..oups..sowi..keke..terlepas pulak~)

  6. asyrazi,
    saya mengisytiharkan boikot web page asyrazi.blogspot.com kerana mengandungi unsur² fitnah terhadap Islam..hahahha..jahatnye aku..

  7. Chidan, kak tergelak sengsorang baca entri Chidan kali neh. Dalam bercerita, sempat lagi promote diri sendiri ada kuasa Charmed One…ekekekek. Rasanya kak lebih suka template yang ni berbanding yang dulu. Jangan marah ek. Ni pendapat ikhlas tapi jauh…huhuhu.

    p/s: memang Chidan homesick tahap gaban la…sampai termimpi2 tu dah kira kes berat dah tu…hahaha

  8. Uhuhuhuhuuuu…lupa lak…jangan bagitau abang Chidan ek. Kak rasa Chidan lebih hensem daripada dia…lalalalala

    Ewakakakaka…

  9. wah!promote mat salleh celup tu nampak..tau tak maklong sendiri tak tahu angah masuk sojar hingga lah maklong singgah hari tu.eh !tau tak dia lagi handsome pakai baju celoreng tau..nampak cute sangat…tau tak dalam tujuh orang ni sapa yang paling handsome…iman keledek.fuyoo…macho giler!

  10. Kak Lela,
    Yoshh..pendapat yang begitu memberangsangkan. Mekasih ye kak. Owhh..saya tau, homesick saya dah agak kritikal. hehehe..x pe², x sampai setahun je lagi..sabar..sabar..

    Mak long Ida,
    Lorr..ingat mak long dah tau. Hahaha…saiz dia ngan alang pown, dia lagi cute..kekekek..jgn tak tau mak long, ramai gadis² tergila² kat dia nih. hohohooo…Dan iman tu, lepas kurus baru hensem. itu tak kira la tu..hahahaha..

  11. ha la alang..lepas dia kurus memang dia kiut hbs.elok lah angah tu msuk askar..sbb kerakter dia sesuai sngt.biar dia tau duk kat kem tu kena basuh baju sendiri.tak lah boleh dia kata”asyik angah aje”ayat skema dia bila asyik dia je yang kena suruh.bayang kan bila kulit dia gelap rambut dia perang,mata dia coklat…ish!alang kot lagi kiut..sbb makin putih..jerawat ada lagi tak..?hehehehe

  12. alang dia pon askar gak kat sini..suke jer menembak muka orang guna kamera dia..ekek..

    alang dia boleh jadik askar ke?ke bodyguard patah?=P

  13. wah..
    dah bertukar..
    this one looks elegent! i likeeee it!

  14. Ekramhakim,
    Boleh, aku je x nak..hahahah..

    Miss Catz,
    tengkiu miss cats..
    same opinion here.

  15. Tak suka tol dengan banner tuh! Idrab!

  16. ermm..ko nk aku tafsirkan mimpi ko tu tak??hahaha

    p.s: tak sabar nk tggu ko balik..nk kerajang perot ko smpai senak..hahahaha..shidot, arituh fadhil call aku..dia ngumpat ko..bukan aku ea..bukan aku..dia!! ;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: