K.U.D.E.T.A

Assalamualaikum wth. Kenitra City hujan memanjang seminggu ni. Suhu jatuh takat 2°C. Aku memang tak suka musim sejuk. Tapi apa daya aku sebagai hamba Allah yang hina dina x berdaya nih. Aku lebih suka musim panas yang bersuhu sekitar 34°C. Serious. Keadaan berpeluh adalah kegemaran aku. Aku rasa segar. Tak perlu takut masuk western style toilet 5m x 4m rumah aku ni sebab sejuk. Tak perlu susah-susah angkat tong gas 2 kali seminggu untuk refill pemanas air berfungsi manual buatan Jerman itu. Jogging setiap petang atau pagi tanpa memakai sweater Swatch murah yang merimaskan. Boleh makan ice-cream Cornetto 5.50 Dirham petang-petang. Arghh..aku rindu summer ketika ini. Owhh..Don’t get me wrong! Aku rindu jugak kat Malaysia.  Aku Anak Melayu yang tak mudah lupa.

Hujan rahmat di Kenitra

Hujan rahmat di Kenitra

Kenitra Dead Town in Mid-Winter

Kenitra Dead Town in Mid-Winter

…..

Coup de Tat.  Atau kita sebut ikut Bahasa Melayu, Kudeta. Bermaksud rampasan kuasa dalam usaha menggulingkan kerajaan sedia ada. Itu yang boleh aku sifatkan dalam situasi politik Machivelli yang korup di Perak sekarang. Puak ‘zionis‘ BN yang ada semacam puak Israel yang menghalalkan darah undang-undang untuk dicabul sesuka hati. Idealisme karat lagi menjijikkan yang dikemudi UMNO/BN tidak lagi suci bagi aku. Perjuangan membela Melayu yang mudah lupa dah jauh meyimpang. Mereka umpama Zombi yang tiada hala tuju. Tiada pemimpin berkaliber yang boleh aku percaya kewibawaan mereka. Massacre yang mereka lakukan keatas Negeri Darul Ridhuan baru-baru ini, jelas amat menonjolkan pemikiran singkat lagi lemah pucuk pimpinan negara berdaulat, Malaysia. Setakat majoriti 2 kerusi hasil belian dua Adun ‘bergelumang lumpur rasuah’ tu seolah-olah mengilustrasikan gila kuasa pemimpin kita. Owhhh..sedarlah pemimpin, hidup kau adalah menentukan hala tuju nusa bangsa Malaysia yang makin menjunam sekarang. Maksud aku dari segi kerohanian dan internal. Aku takut bangsa aku lenyap ditelan  dunia yang kian menggila kerana tangan-tangan dosa seperti pemimpin hari ini. Aku tak salahkan sesiapa, tapi jangan sampai maruah entah ke mana kampung sendiri jadi gadaian. Satu je aku mintak, pemimpin yang boleh memimpin! Aku malas tulis panjang-panjang sebab aku tahu suara aku tak kemana. Lainlah tulisan aku ini Anwar Ibrahim.com atau Chedet.com nak siarkan. Mau Najib mengaku dia dalang pembunuhan Altantuya. hahahaha….

…..

Tribute. Owhh..aku baru kenal satu orang sis nih. Kawan kepada Mak Long aku. Kak Lela de Manja (aku saja tambah de Manja tu..hohoh..). Dia ada request gambar dari sini which is Moroccan’s photo untuk dia. Since it is my first hi to her, i dedicated the picture below as my regards wish card. Very happy to know Kak Lela. She’s quite delightful(i think so, even i’ve never meet or see her even once) and she has an informative’s blogsite. To all Ramlee Awang Mursyid die hard fans, please welcome to her site. You’ll never regret. Trust Me. (Kak Lela, you’ve already owe me Ayam Bakar Mayonis treat when i got back…hahahah..!!) My lovely Mak Long Ida and Sis Lela’s blogspot, just click it on the right side of my blog.

Assalamualaikum Kak Lela!

Assalamualaikum Kak Lela!

Untuk Mak Long Ida aku. Orang lain x leh..hohoho...

Untuk Mak Long Ida aku. Orang lain x leh..hohoho...

p/s : Original copyright ye gambar² nih..! X main arr Google nyer..kekekek..

Advertisements

~ by syahidd on 5 February, 2009.

13 Responses to “K.U.D.E.T.A”

  1. dapat gambar menara jer..jadi lah walaupun tak dapat gi sana.huhuhu..wah promote blog kitaorang nampak..alang nanti maklong email nak mintak tolong sikit

  2. Ngaaaaaa…ternganga jap baca posting Chidan neh…wakaka. Tak sedar senyuman meleret sampai takleh nak kaver dah. Siap promote blog site lagi tu…hahahaha.

    Thanks Chidan. Kalau Chidan sudi datang ke Perak satu hari nanti, bolehlah together gather ngan Mak Long Ida Chidan sekali. Kak buatkan ayam bakar mayonis (as requested but surely there will be more foods for you to taste…hihihihi). I’ll be treating you as my dearest brother (Ida, ko jangan jeles).

    Chidan, kak save gambar yang Chidan tribute tu kat dalam komputer ek. Sekali nak show off kat blog kak…hahahaha

  3. akak lela : akak lela memang sporting arr..kompem saya pegi nyer nanti perak tuh..
    seronok tengok orang gembira nih..hahahah..

    mak long : boleh jer. no hal!

  4. gi perak jer…kompem maklong gak yang kena balik beranang bila alang balik!

  5. alahh..kompem gak alang ke palong kan mak long kan??..kann…kan??..hehehehhe..

  6. mesti rindu malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun ni kan… huhu.. saya tak tahan sejuk.. kalau gi sana, mesti demam berpanjangan.. hehehehe..

  7. owhh..rindu giler.
    da 3 setengah tahun x balik..

  8. Lamanya Chidan tak balik Malaysia. Dah 3 1/2 tahun? huhuhu

    Tapi…dalam 3 1/2 tahun tak balik tu pun, Chidan masih mengikuti perkembangan politik di Malaysia ni…hehehe.

  9. mesti kak, negara tercinta tuh..heheheh

  10. mesia… panas~~~

  11. Itu yang rindu tuh bang syah.

  12. macam kejap je alang gi sana kan…dari anak sorang maklong dah ada anak tiga…dari arwah tukalang(ayah paklong)ada sampai lah tak ada…tahun depan erk..balik?nanti balik kita borak puas2 maklong dah pun siap kan semua novel RAM untuk alang baca…kalau tak ada bleh pinjam kak lela…hehehehe rindu lah kat alang nih..(kompen lima nam hari berkubang kat pkns bila alang balik

  13. woohhhooo..dah ready novel skali ek..mak long memang best, tertarik, menarik mak long memang da kebabom! hahaha…ni memang alang x sabar nak balik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: