..::Exam::Darah::Photography::..

Assalamualaikum wth. Jumpa lagi dalam entry pertama aku lepas exam 2 minggu baru-baru ini.  Beribu² lemon terima kasih kepada yang sudi doakan kejayaan aku. InsyaAllah, kalau murah rezki, makbullah doa-doa korang, Ameen ya Rabbal’alamin. Aku tahu, ada jenis manusia yang boleh beri komitmen yang terbaik untuk melakukan tugas lain walaupun tengah busy. Tetapi tidak pada aku. Aku jenis yang agak susah nak memberi sepenuh perhatian kepada perkara lain jika sibuk. Atau mungkin aku yang buat-buat sibuk? Nuqtoh Muhimmah (Point penting) kat sini, aku minta maaf banyak² sebab x update blog ni. Unique Visitor aku tidaklah se’meriah’ blog chedet.com atau anwaribrahimblog.com mahupun blog sensasi Azwan Haji Ali.Kadar pengunjung blog ni hanyalah berpurata 46 orang sehari. Jadi, adalah satu kemestian untuk aku meminta maaf kepada mereka yang melayari blog aku yang tidak berhapdet. Ampun banyak² okey. Terima kasih kerana sudi membaca rencana minda kolot dan klise aku.

………………………………………………………………………………………………………..

Kelmarin, hari Selasa. Apa yang ada hari selasa kelmarin? Bush kene baling kasut Montadar lagi ker? Ada demonstrasi pasal Ziana Zain kalah dalam AJL 23 Ahad hari tu ke? Tak. Sebenarnya, aku habis exam syafawi (ujian lisan) hari Isnin petang dulu kelmarin subjek Sejarah Islam di Barat. Petang tu, budak² nih bagi tau yang esoknye iaitu kelmarin ada kempen derma darah anjuran Jabatan Kesihatan Maghribi. Darah-darah tu akan disalurkan ke hospital di Palestine.  Aku yang tak pernah meyumbang darah ni, punyalah excited macam esok aku nak nikah. Malam tuh, aku pun menge’search’ pakai Google semua info² tentang menderma darah atau dalam bahasa arab ‘tabarruu’u dammi’. Banyak jugak info² yang aku fikir tidak ramai dikalangan kita tahu. Antara kebaikan menderma darah ni, mampu melicinkan dan membersihkan perjalanan darah apabila darah kita di ‘generate’ semula nanti. Dan yang penting, tugas kita sebagai manusia yang membantu manusia lain. Tambah pula, aku rasakan yang diri aku tidak menyumbang langsung kepada saudara² seagama aku di Palestine. Setakat aku boikot tak minum Coke, sampai bila aku mampu bertahan. Jadi, dengan semangat berkobar-kobar bercampur gegar lutut, aku pun derma la se’pain’ darah aku yang tidak seberapa ni. Takdelah sakit pun. Saspen je lebih. HUh! Doktor tu, kata aku boleh menderma semula selepas dua bulan. Dan aku akan jadikan aktiviti menderma darah ni setiap 2 bulan. Kalau doktor kat situ lawa-lawa macam Siti Nurhaliza atau Erra Fazira ke, mau je aku derma organ aku sekali.HOhohohohoho…Ces, kalo macam tu, baik tak payah derma. Bukan kerana Allah!(Kembali berimej suci)

Isi borang pendaftaran dilakonkan oleh Imam Hariz

Isi borang pendaftaran dilakonkan oleh Imam Hariz

Ujian Kesihatan. Caption paling sesuai, "Awak disahakan HIV positif!"

Ujian Kesihatan. Caption paling sesuai, "Awak disahkan HIV positif!"

Doktor yang inject ni tidak cun

Fakta : Doktor yang inject ni tidak cun

Huh! Tak sakit langsung! Dermalah darah anda sekarang!

Huh! Tak sakit langsung! Dermalah darah anda sekarang!

Darah aku yang suci kudus..kekekeke

Darah aku yang suci kudus..kekekeke

…………………………………………………………………………………………………………

Balik menderma dara darah tu, aku dengan Syarif, junior tahun satu yang berjiwa kebinatangan (sebab dia suka menternak menatang kat umah aku), singgah kat taman sampah bunga. Aku menemui scene yang paling best kalau buat wedding photography. Nak pulak time tuh lepas hujan. Syarif yang macam anak murid aku nih, aku arahkan dengan penuh kekerasan dan kezaliman bagaimana menangkap gambar bunga dengan komposisi yang betul. Aku jugak sempat posing persis malaikat maut kat situ sambil diperhatikan oleh dua tiga orang bermuka ala² Micheal Scoffield dalam citer Prison Break. Nanti aku nak buat phtography kat situ lagi. Jangan terkejut nanti ada gambar budak-budak rumah aku posing model America’s Next Top Model!

-Tiada Komen-

-Tiada Komen-

Penternak Hamster Nasional

Penternak Hamster Nasional

Dapatkan di Pasar Besar Selayang..wakakakaka..

Dapatkan di Pasar Besar Selayang..wakakakaka..

Owhh..kelmarin Hari Lahir Iskandar. Sanah Helwa Ya Gameel! Baru buat parti liar tadi..hohohohooh…Semalam pulak hari lahir adik aku, Mohd Shaziman b. Mazlan. Semoga berjaya dalam hidup dan murah rezeki serta bertambah kurus. Kekekekek..ok, aku tidur dulu. Bisihhah warrahah.

Wassalam

Advertisements

~ by syahidd on 22 January, 2009.

9 Responses to “..::Exam::Darah::Photography::..”

  1. SAPE NAK TAU ?

    – Shidan menjerit kesakitan tika diinjek “jarum penyedut darah” (satu blok tgk die)
    – muka shidan sentiasa cuak time darahnya disedut
    – shidan akhirnya tumpas dengan deraian air mata

    (suatu kronologi yg ringkas dan padat)

    hohoho~

  2. wah. bagus betul ko ada anak murid selaku penternak hamster. aku ada jugak anak murid, tapi dia menternak diri sendiri..hahahaha.. eh, bittaufiq wannajah utk exam. aku start hari sabtu neh!~

  3. salam.blh thn jgk ko ni..bagus derma utk palestin…

  4. amboi … 2x
    bukan main agi cerita si bapak hemster ni hehehe …
    emm betul ker faru dia menjerit ?? tak dimasukan dalam artikel pun …
    bagus morocco ader buat derma darah ..
    kat sini tak de pun ..
    tapi nasib tak ade sebab takut elok2 derma darah kite yang kene penyakit
    sebab kekotoran mesir hehehehe
    aper pun bagus dijadikan tabiat selalu ..
    (jgn tak buat shidut)

  5. taw je shidan tu takut ngn darah…cover jer muka time amik gmbr..padan la mata berair dlm gmbr tuh..hakhakhak

  6. salam bro..ko d mrocco?…..indah!

  7. darah dracula pon die amik gak ke??ekek

  8. huhu…tu la psl..dracula pun dracula la..janji bekalan darah cukup…

    dracula pun dah pakai sirap je skg..mane x nye, die nak terbang (g hisap darah) kne ade minyak..minyak plak mahal..sbb tu la darah pun jadi mahal sbb ditambah ngn sume kos..keke..

    (pe bnde la yg direpekkan ni??hoho..)

  9. korang borak dalam YM bley x? cet, pk aku nyer blog forum malaya ker? Syoh..syoh..kekekekek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: