Perutusan Akhir Presiden

Ahmad Fathi bin Muhammad, Our President

Ahmad Fathi bin Muhammad, Our President

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pada kesempatan ini saya ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan buat seluruh ahli PMMM tidak kira di wilayah mana anda berada dan tidak kira sama ada peperiksaan di wilayah anda telah bermula atau belum bermula, selamat menghadapi peperiksaan buat semua dan selamat berjaya dalam peperiksaan masing-masing dengan keputusan yang cemerlang insyaAllah (Mustahsan, Hasan, Hasan Jiddan).

Bagi mereka yang telah memulakan peperiksaan dan sedang berada di saat-saat genting ketika ini, umpamanya mahasiswa serta mahasiswi di Rabat, Casablanca, Marrakech dan Fes selamat menjawab peperiksaan diucapkan dan semoga anda mengakhiri peperiksaan dengan baik. Jangan putus semangat disebabkan ada beberapa subjek yang anda merasakan kurang yakin mengenai jawapan yang telah anda berikan, siapa tahu subjek itulah subjek pertama anda lulus.

Bagi mereka yang belum bermula dan masih berada dalam zon selesa, iaitu mahasiswa serta mahasiswi di Kenitra, Mohammadia, dan Tetuoan gunakan kesempatan akhir sebelum peperiksaan ini untuk mengulangkaji pelajaran dan menumpukan sepenuh perhatian kepada persediaan-persedia an yang sepatutnya dilakukan bagi menghadapi peperiksaan. Pastikan nota dan ringkasan-ringkasan bagi setiap subjek telah sedia di atas meja.

Pesanan saya untuk semua seperti yang biasa saya ulangi, pastikan anda mempunyai seorang teman dari kalangan rakan-rakan Maghribi yang bersama-sama anda dalam mengulangkaji pelajaran. Cubalah untuk berbincang, berdebat, dan bersoal jawab berkenaan subjek yang akan anda hadapi bersama teman Maghribi tersebut kerana apa yang anda dengar melalui perbincangan, debat, dan soal jawab itu lebih mudah diingati daripada apa yang anda belajar secara persendirian.

Juga seperti apa yang telah saya nyatakan pada program Aspiration 2008 yang lepas, ketika mengulangkaji pelajaran, tumpukan kepada perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci kepada setiap isi, perkataan-perkataan yang sukar serta jarang-jarang ditemui, tumpukan juga kepada ayat-ayat quran atau hadith-hadith nabi atau rangkap-rangkap syair yang akan anda gunakan sebgai penguat kepada isi yang anda akan utarakan dalam peperiksaan.

Akhir sekali, jangan lupa untuk memulakan jawapan anda dengan mukaddimah yang menarik perhatian ustaz untuk membacanya dan mengakhiri jawapan anda dengan khatimah yang menjadi kesimpulan kepada segala jawapan anda. Di samping itu, jangan lupa menilai kembali jawapan anda daripada kesalahan-kesalahan tatabahasa atau uslub-uslub bahasa Arab atau isi-isi di luar daripada kemahuan soalan. Selamat berjaya buat semua!

“اللهم وفق جميع طلبة الماليزيين بالمغرب في دراستهم، وسدد خطاهم، واجعلهم من الفائزين والناجحين في الدنيا والآخرة. اللهم افتح عليهم حكمتك وانشر عليهم من خزائن رحمتك وأصلح لهم شأنهم كله ولا تكلهم إلى أنفسهم طرفة عين”.

“Menjana keintelektualan, Memimpin Perubahan”


Ahmad Fathi Bin Muhammad

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi,

Sesi Perkhidmatan 2008/2009.

Advertisements

~ by syahidd on 28 December, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: