F.O.T.O.G.R.A.F.I 1

Assalamualaikum wth. Aku rasa dah jarang aku menulis dalam blog ni. Aku memang kena post entry supaya pembaca-pembaca budiman yang click URL blog aku ni tak rasa terkilan lantas bosan dan langsung tak mahu lagi membaca. Baiklah, kali ini aku nak cakap tentang hobi aku. Tentu korang terbayang antara tajuk karangan dalam buku teks Bahasa melayu KBSR darjah empat dulu, Hobiku, Hobi Saya. Tapi jangan risau, aku takkan gunakan ayat Bahasa Melayu yang terlalu skeptikal atau kritis seperti karangan aku dulu. Hobi aku atau lebih senang aku katakan obsesi aku pada masa lapang adalah FOTOGRAFI. Aku mula kenal dan berminat tentang kamera dan lens ni pada saat aku sekolah rendah lagi. Namun minat aku terbatas bila aku hanya ada sebuah kamera Kodak yang aku bawak pegi rombongan sambil belajar ke Pusat Sains Negara tahun 1998,  itupun aku pinjam dari jiran sebelah rumah. Aku suka tengok gambar dalam majalah-majalah Wanita yang ibu aku beli setiap minggu tu. Kadang-kadang, majalah Mangga yang Mak Usu aku beli ketika zaman anak dara dia pun aku tengok. Minat aku terus bercambah namun tetap terbatas tanpa medium penting dalam bidang fotografi nih, kamera. Memang orang putih ada sebut dalam peribahasa diorang, A picture is worth a thousand words. Dan aku mengiakan perkara tersebut. Biar gambar tidak mampu berbicara tapi gambar itu mampu menyimpan emosi dan suasana sesuatu masa terdahulu. Aku menyangkal mereka yang mengatakan fotografi adalah suatu hobi atau profesyen yang klise dan tidak memberi pulangan manfaat kepada si Tuannya. Pernah terfikir bagaimana masyarakat dunia membuka mata tentang penderitaan umat Islam di Palestin atau krisis kemuncak kebuluran di Zimbabwe? Fotografi ada jawapannya. Dan sepanjang setahun aku bersama kamera semi-SLR, Fujifilm Finepix s9600 cap ayam aku ni, mengajar aku banyak perkara. Tentang emosi, gelagat manusia dan keindahan ciptaan Tuhan. Subjek manusia atau human potraiture adalah salah satu cabang fotografi yang aku minati. Nak tengok hasil terbaik aku sepanjang 2008 ni? Terbaik dimata aku lah. Bukan syok sendiri, OK! Apapun, terima kasih kerana membaca. Allah jazikum Bikheir. Syukran dan terima kasih.

..::2008 Collection::..

Marrakech Old Folk

Marrakech Old Folk

Tinghir Berber Kid

Tinghir Berber Kid

Dawn at Merzoga, Sahara

Dawn at Merzoga, Sahara

Tinghir Old Folk

Tinghir Old Folk

Morrocan Boy in Todra George

Morrocan Boy in Todra George

Yamina, France

Yamina, France

Okeylah,  semua gambar diatas adalah cuma sebahagian kecil sahaja. Kita sambung pada entry FOTOGRAFI 2 nanti. Illaliqa’ wa maassalamah.


Advertisements

~ by syahidd on 21 December, 2008.

4 Responses to “F.O.T.O.G.R.A.F.I 1”

  1. muke ak tade ke syidan?
    bintang2 berber kat sahara..
    hahaha
    nice pic bro!!
    😀

  2. pakcik mazidol..salji k ujan batu yg turun kat blog ni??eheh..=P

  3. kalo gmbar2 ni la yg ko tangkap..mmg salute lah..chantek sgt!!..

    p.s: teringat lagi camera Sony Cyber Shot aku hilang diambil org!!..tak de rezeki kot…

  4. emm dah lama plak tak comments kat blog ko ni sdan …
    boleh laa .. gambar tu kire ade skill lah ..
    tak de ke gambah yang terbalik ko amik ( boya2 ) hehehe
    emmm abg rase lepas ni boleh bukak kedai rekacipta kad raya orr lebih besar bidang percetakan .. haa baru boleh jadi usahawan .. orr ko bukak satu kedai fotografe macam sami foto ( ala kedai yang boleh merubah muke shidan dari berjerawat ke jambu tu la hhehee)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: