Daging Korban

Assalamualaikum wth. Pagi tadi, loceng rumah aku berbunyi.  Aiseyyhh, siapa pulak yang yang mengganggu lamunan aku terhadap internet nih? Bukak pintu, terpacul Sidi Bilal, jiran aku yang duduk tingkat atas rumah kami. Aku dan dia berjabat mesra, berboussi-boussi(berlaga pipi seperti kebiasaan kaum wanita di Malaysia lakukan apabila berjumpa) dan beramah-mesra, berborak sakan, minum-minum, makan rojak buah kat depan pejabat pos dan berbincang isu² dunia. Masa bukak pintu rumah tu aku dah cakap dalam hati, “mesti nak bagi apa² nih” hohoho….memang betul, dia bagi daging lembu lebih kurang 4 kilogram. Dia cakap kawan dia yang sedekahkan. Fuuhh..kenyanglah buaya² hipokrit lapan ekor dalam rumah aku nih. Tapi, daging kambing kat dapur yang pihak gadis² Kenitra bagi kat kitorang tu pon banyak lagik. Pompuan bagi??!! Giler x gentle langsung. Ada ke patut?  Alaah, perempuan tak elok makan banyak. Nanti naik lemak tepu 16 tan metrik  sape nak jawab kan? Lelaki takpe. Kadar metabolisme kami cukup tinggi berbanding kaum hawa. Hahahahaha..(alasan paling bijak dan konservetif yang boleh aku beri buat masa ini) Malam tadi, Mujahid, selaku Presiden Gerakan Buaya-buaya Komunis Utara memulakan operasi memasak daging tersebut. Dan selaku presiden, beliau memutuskan bagi menghabiskan dahulu daging² kambing demi kesejahteraan ummah. Menunya, Daging Kambing Masak kari yang resipinya dirahsiakan. Malam tadi, puas giler makan kari kambing dengan nasi panas. Kicap Jalen menambahkan lagi serpihan nikmat syurga tika itu. Esok, ada lagi orang nak bagi daging. Alhamdulillah, rezeki Allah tak putus. Kita je kadang² salahkan taqdir sebabnye nyamuk gigit. Gatal. Tak sedar bahawa nikmat Allah yang datang lebih baik dari dunia dan isinya. Kita saje lupa. Okeh, sambung esok. Itu pun kalau aku rajin. Kalau malas, kambing pun geram tengok ada manusia lagi malas dari dia. Sofi(OK), bisihhah warrahah.

Kari Daging Kambing resipi presiden. Kekekek

Kari Daging Kambing resipi presiden. Kekekek

p/s : Arghhh..panas badan makan kambing nih. Nasib takde darah tinggi. Kalau tak mau tumbang 4 hari. Ada petua bagi hilang panas dan bau daging kambing ke?

Advertisements

~ by syahidd on 14 December, 2008.

7 Responses to “Daging Korban”

  1. emm .. not bet
    macam best je kari kambing tu …
    emm boye2 tu jgn asyik sental jee kang naik temp kng baru tau hehehe ..
    bye the way i’am still no. 1 in leave a comment .. hehe
    ok

  2. hohohoh…panas giler badan makan kari kambing nih..memang pownn..abg fear aje yang first komen..tahniah! sila tuntut hadiah dari pihak kami di kaunter pertanyaan.

  3. weh..sup tulang aku tuh tak habis lagi tuh..penat wat semalam..dah2..main internet je..semalam sibuk je boye2 umah nih nak makan sup tulang..bile aku habis buat semua tido..haish500x.panas betul..

  4. eleh, bru makan daging kambing..tp memang panas kan? alhamdulillah le aku ni pun prot da msuk angin..rezeki Allah bg x putus2..ae je org bg daging..daging kambing pun ade, td ade org bg daging rusa..1st time mkn daging rusa..memang padat isi dia..daging kambing tu liat sket la

  5. Weh, shidan. Hang x pi tangkap gambaq kambing ka raya tuh? oghang mesia nak tengok camna arab potong.

  6. kambing oh kambing …
    sama je macam kat mesia ..
    yang menarik sembelih unta … nak tau cari sendiri nanti hehe
    sini masih ade lagi pemberian orang hari tu … (daging unta)
    is buat sup sebab tak sedap kot .. tu yang orang tak nak makan kot ..

  7. salam..
    nice blog…
    ini adalah kunjungan balas..hahhaha..
    eh..nanti saya add u ke blog saya..
    bestnya hidup dirantauan yer..
    err..daging2 tuh tak buat satay ke?..kalau nak resepi…saya ada..hehehe..
    hem..nampak sedap sunguh kari kambing tuuuuu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: