Aidiladha de Maroc

Assalamualaikum wth. Aku tahu, aku dah terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji kat korang semua. Tapi apa salahnya kalau aku ucap kan? Jadi, Selamat Hari Raya Aidiladha kat korang semua..heheh..Semalam, ahli rumah kami sepakat nak buat sedikit jamuan untuk melengkapkan sunnah Rasullullah selepas Solat Sunat Aidiladha. (Kalau korang perasan, sebahagian besar sunnah yang manusia ikut adalah dalam hal makan dan nikah!) Oleh yang demikian, menu yang terpilih adalah resipi yang mudah, ringkas, padat, sendat, ketat serta mampu memenuhi selera tujuh ekor buaya berhaluan kiri belaan rumah aku ni seperti, Nasi Goreng Cina Spastik, Rendang Ayam Hempap Mak Limah Janda Beranak Dua, Kuih Bakar Beliau Sampai Rentung, Koktail Diet Tanpa Gula Kerana Salah Beli Susu dan Buah-buahan Hutan Hujan Tropika. Dan terima kasih kepada pihak gadis-gadis Melayu Terakhir Kenitra kerana sudi menyedekahkan sedikit giler puding err..telur? susu+telur? telur+gula?.
Terimalah kasihku sekali lagi. Dan setelah bercerita tentang makanan, kita beralih kepada perkara pertama sepatutnya diceritakan iaitu, Solat Sunat. Kitorang solat di masjid depan rumah dan tidak di Musolla(kawasan lapang yang diadakan solat sunat eid dimana jaraknya mampu menghasilkan segantang peluh jantan apabila menapak) kerana rahmat Allah Yang Esa turun pada awal pagi tersebut. Syukur Alhamdulillah(tekankan sedikit nada anda). Owhh..pada Eid kali ini, kami dapat seorang kambing yang begitu comel lagi pemalu pemberian seorang hamba Allah. Allah yubarik fik sidi, wallah a3tikumusihhah wal barakah wazzaujah kabira! Allahumma Ameen..Dan pada tahun ini juga pihak angkatan buaya² serumah ahli rumah aku ini ‘tumbangkan’ 3 ekor ayam untuk merendang malam sebelumnya. Pada hari itu juga diadakan majlis sambutan eid di rumah TYT Datuk Osman bin Samin, Duta Besar Malaysia di Maghribi. Terima kasih Datuk kerana sanggup membiayai kos makan buaya jadi-jadian seperti mereka semua(sambil menuding jari kepada kanak² persatuan)hohohoho…Antara menu yang tersedia di rumah terbuka tersebut adalah seperti Daging Masak Kicap, Ayam Goreng Kentaki, Kari Kambing Berbau Pekat, Sayur Campur yang tidak sekilas pun dipandang aku, Sambal Terung yang best, Bubur Kacang Hijau jampian Puaka Hamiz Rapik dan beberapa jenis kuih-muih tradisi Melayu umpamanya, Keria, Onde-onde? Buah Melaka? Kelepong? Kepolong? Terlopong? dan…lupa. Jumpa ramai buaya-buaya kawan-kawan dan sahabat-sahabat dari wilayah lain yang datang untuk bersama-sama  menapau makanan memeriahkan majlis. Seronok. Begitulah keseronokan sementara beraya di perantauan orang seperti kami. Semua warganegara Malaysia adalah saudara di sini. Dan pekerja-pekerja, staf-staf kedutaan adalah ibarat Ibu Bapa kami. Bezanya, kitorang tidak boleh mintak dibelikan Handset Nokia N90 dan telefon untuk masukkan duit dalam akaun bank HSBC seperti Ibu Bapa di Malaysia. Dan satu lagi, guna VOIP STUNT untuk telefon Malaysia memang best! Terima Kasih Syahir sebab dia janji nak bagi satu top up free, income tolong promote kat blog aku. Kan Syahir kan?

Buaya² yang berselindung di balik topeng keustazan

Buaya² yang berselindung di balik topeng keustazan

Tinggal satu lagi..kekekekke...

Tinggal satu lagi..kekekekke...

Advertisements

~ by syahidd on 10 December, 2008.

9 Responses to “Aidiladha de Maroc”

  1. huh..naseb baik ku tidak terlibat dalam gambar buaya2 tersebut..nasib baik aku terkecuali..padan lah asyik kuyak je selipar umah aku..rupanye ade boye dalam umah aku???

  2. Owhh…siap ko! Dasar buaya! kekekeke…

  3. emmm …
    pertama kenapa adik2 aku kat sana dah bulat2 semua dia macam dalam gambar bertopeng tu ?? abg macam keliru sebab semua dah ikut bulat macam ubai n jok hehehe

    is tu je yang terselamat ?? ke lebih kurang jee ..
    shidan … lain kali klu tak ade bahan nak korban .. korbankan jee 7 ekor tu … kekadang boleh jadi kambing hehehe ..

  4. hahaha…ingatnye nak korbankan tujuh ekor nih. nasib baik bukan binatang an’aam. kakakak…lagipun boyer x leh wat makan apatah korban..kekekek

  5. sukar kupercaye, ble spot, ikan, ayam, tomato dn jambu btukar mjadi buaya skaligus..
    ble da lapar, shidan si spot yg gemalai, faru ikan di laut yang ilmunye byk spt air lkaut, ubai sang ayam gagah bsuara lunak, muja si tomato merah yg comel, dan iskandar jambu trsipu malu..owh………
    aku kangen(windu) bangat sama kamu….

    nnt ble da blik mesia kte tgkap gmba pki jubah tu ramai2 ek..hehehe..
    jemput ke blog ku mrasa sup gigi lembu..ajak le boye2 yg kuat mkn tu haa..hehehe

  6. dan kangen sama kamu kucing siam yang nun di malaysia sana..kekekke

  7. emm
    pelik laa …
    kenapa budak shidan semua ade nickname hayawan ??
    tapi mesra plak abg tengok heheh
    elok lah tu kekal kan hubugan korang sampai mati ok …
    salam dari egypt ..

  8. manusia ngan haiwan susah unutk dipisahkan..hohoho..nama tu sejak sekolah dulu sampai skang bang fear. Semoga hubungan berkekalan antara kita semua, ameen..

  9. Sememangnya ketika berada di rumah itu, kurasa tenang saja rumah tu tanpa seorang buaya, tapi sudah baca entri ni, mmg jelas dorang ni buaya rupanya.ahha~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: