Pagi Yang Best

Assalamualaikum wth. Bangun pagi tadi, pukul 6. Solat subuh baca Al Quran 4 Juzuk, Berzikir dengan khusyuk, bermunajat kepada Allah. Kemudian sambung tidur sampai pukul 8.30 pagi. Bangun balik, cuba bukak tingkap. HUJAN! SEJUK! GELAP! Menggigil masuk dalam Mazafil (selimut tebal, jika di Mesir disebut lihaf atau Saratoga). “Huh, sejuk betul pagi ini”, getus hatiku, (alasan paling kukuh dan ampuh nak tidur balik. HOhOHO..) Namun, memikirkan perut yang secara mengejut berdendang Zapin Johor, siap² basuh muka dan gosok gigi. Keluarkan makanan ruji masyarakat bujang dan pemalas beralasan kuat seperti aku, Maggi, baki ibu aku hantar 3 bulan lepas. Dah siap, bawak Maggi ngan telur rebus semalam yang tak habis depan komputer. Hujan di luar punyalah lebat. Dah seminggu begini, tanda Shitaq (musim sejuk) akan bermula. Suhu turun kepada 10°c. Makan Maggi sorang-sorang dipagi yang hujan tanpa diganggu ‘makhluk perosak’ yang berkata “shidan mintak sikit!”  adalah memori terindah buat insan berjiwa demokratik seperti diriku. Ahhh..selesanya..ucapku dengan penuh sadis. Pagi itu, Baby, makhluk bernama saintifikFelis Selvetris catus, merangkap haiwan peliharaan sejak mula membiak di rumah ini lapan bulan lalu turut menjadi ‘teman tapi paksa’ pagi tersebut. Mesti dia cakap, “kurang sensiviti kinetesis betul punya tuan!”

Maggi yang menjadi mangsa nafsu manusia rakus

Maggi yang menjadi mangsa nafsu manusia rakus

Mesti bengkak je hati menatang nih tengok tuan dia melantak

Mesti bengkak je hati menatang nih tengok tuan dia melantak

Moral entry ini, hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kita. Sesungguhnya, hujan itu adalah rahmat dari Allah. Sekian, Wasalam.

Advertisements

~ by syahidd on 1 December, 2008.

3 Responses to “Pagi Yang Best”

  1. sengal tol shidan ni..hahaha
    wei, ko memg pemalas…batu dgn kayu jer ko x makan..
    comelnyer kucing ko…cam dalam majalah jer..hehe
    shidan..blela..entry aku ni..hahaha

  2. hahaha zapin johor eh.. haiz teringat, zaman2 belajar kat mesir.. maggi huhuh.. thanx for visitdyn http://www.dyntv.com senang ziarah lagi.. bagi idea pon bagus jugak.. http://dyntv.com/submit-ideas/

  3. weh shidut..PNIPU! pnye la aku tcongok kt dpt pc ari sb2 smoi pg..kne nk chattign..
    cest..antu kamu…………………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: