Going back for good..sayonara!

Assalamualaikum wth. Hari ini, tanggal 15 November 2008, pada jam 9.05 pagi GMT(Greenwich Meridian Time) seorang lagi ahli persatuan/mahasiswa/graduan/senior kami meninggalkan bumi Morocco. Beliau dikenali sebagai Ustaz Syahrul Fazli Hafiz, 21, telah pulang ke tanah air yang tercinta setelah menamatkan pengajian beliau selama tiga tahun dalam jurusan Pengajian Islam di Universiti Hassan 2, Mohammedia, Maghribi. Pulang menggenggam segulung ijazah pastinya membuka lembaran baru dalam liku hidup beliau sebagai seorang pendakwah di negeri tanah tumpah darahnya, Selangor darul Ehsan. Semoga segala intan permata yang berjaya diperolehi sepanjang jalan-jalan ilmunya di sini akan memberi sinar buat Islam di Nusantara, InsyaAllah.

Sedikit caption buat Mami Syah Ustaz  Syahrul yang dah pun balik ke Malaysia pagi tadi. Saya bersama 10 orang yang lain pergi menghantar dia ke Aeroport(Airport kata omputih) Mohamed V, Casablanca. Naik train ke airport jam 4 pagi dari Mohammedia yang terletak kira-kira 1 1/2 jam dari Casablanca. Sempat lelap 4 jam sebelum bangun pukul 3 pagi. Solat subuh kat sana dan terus meng’check-in’kan beliau jam 7.30 pagi. Memang tradisi la, senior² yang nak balik Malaysia nih akan buat drama kabhi khushi kabhi gham kat epot. Tapi tidak lah seperti meratap koyak² baju macam citer ‘Ibu/Mak Mertuaku'(Alaah..yang mak mertua P.Ramlee pegang² kaki dia jerit², “alaaa kasheeeemmmm!!!” tuh!) Tapi Ustaz Syahrul berjaya jugak mempertahankan kejantanan beliau dengan rekod tanpa melalak walaupun banyak serangan psikologi ditujukan kepada beliau yang menunjukkkan tanda-tanda kerapuhan sistem pertahanannya. Beliau bagaimanapun mampu melepasi saat² genting di pintu pelepasan tanpa air mata waima keadaan sekeliling memungkinkan Ustaz Syahrul bakal tewas dengan pertarungan emosi yang cukup ampuh (apa aku merapik nih?) Syahadan, Jam pukul 9.05 pagi, maka berlepaslah Ustaz Syahrul pulang menunggang Etihad. Maka terkonyong-konyonglah memanda jua hamba-hamba Tuhan ke tempat diam mereka. Dan  arakian pula, memanda Shahiddan terjumpa peristiwa² luar kawalan minda paras sedar tika berada dalam ular besi(ketapi), toyyiiibbb…..:

(1) Lalu sebelah gadis seksi x hengat dunia namun berbau loji hendaknya.
(2) Duduk bertentang dengan makcik Arab yang makan Pringles dengan  gelojoh seolah-olah   itulah Pringles  terakhir yang wujud di dunia fana ini.
(3) Dipandang oleh seorang brader Arab yang asyik tersenyum-senyum sumbing ala-ala kerang busuk kat aku (eeeee….Nauzubillah!!!)

Tak taulah kenapa orang Maghribi hari ni, ada ajer fiil² luar logik penaakulan mantik yang mereka lakukan. Mungkinkah kerana adaptasi Sajak Kematian di Malaysia mengganggugugat sistem saraf tunjang mereka? Atau arus perdana yang kian menyaksikan kebanjiran gejala negatif di kalangan generasi millenium hari ini? Atau adakah berpunca daripada Barrack Obama yang masih lagi tidak mengusulkan penutupan penjara Guantanamo? Namun, tiada satu pun punca diatas mampu menjawab persoalan kertas 2 Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 nanti.  Fikir-fikirkanlah…(sila baca dengan nada seorang ustaz yang begitu bimbangkan nasib umatnya)

Biografi Sulit Ustaz Syahrul Fazli Hafiz bin Abdullah

Ustaz Syahrul in memories

Ustaz Syahrul in memories

Saya kenal dengan Ustaz Syahrul ketika berada di tahun pertama di Maghribi iaitu pada 2006. Saya tidak begitu mengenali beliau lantaran sikap saya yang begitu merendah diri, baik budi pekerti, hormat orang tua, suka menolong orang, bertolak ansur, bersifat cool, macho giler, gagah berani, dan suka menangkap gambar pemandangan. Namun apabila mendalami sifat dan tingkahlaku beliau yang begitu mencurigakan, barulah hijab itu terlerai. Beliau adalah anak bongsu daripada dua? tiga? adik beradik lelaki. Kepandaian beliau dalam pengajian di universiti sukar di sangkal oleh hujah² aqli. Juga mempunyai fokus yang cukup tinggi dalam menghafal muqarrar mawad(sukatan matapelajaran) lantas menjadi faktor penting untuk beliau lulus dengan cemerlang. Pelan² A hingga Z yang dirangkanya begitu menarik hati walaupun cukup sukar untuk dilaksanakan jika dipandang dari sudut mata kasar manusia normal. Atas dasar kelebihan beliau ini, beliau sering dilantik menjadi AJK penting dalam sesuatu program anjuran persatuan seperti Ketua Unit Pengurusan program, Ketua Unit Protokol hatta Pengarah Program. Dan pengalaman bertugas bersama beliau dalam Jabatan Eksekutif sesi 07/08 cukup saya ingati. Ketika itu saya memegang jawatan Ketua Exco Ekonomi dan beliau adalah Ketua Exco Pendidikan. Rangkaan taqwim tahunan Exco beliau amat gah dan berjaya dilaksanakan dengan ‘jaya’nya. Apabila tiba mesyuarat/Muktamar Tahunan persatuan, saya juga memohon idea beliau dalam usaha menutup penyelewengan dan kesalahan tatatertib berprofil tinggi dalam exco kami. Dengan idea² dan kepakaran Mekgaiver beliau, segala yang buruk mampu kami kaburi dengan cukup mudah. Walaupun dituduh mempunyai nafsu makan yang cukup menggerunkan, namun beliau menafikan tuduhan tersebut dengan begitu profesional. Pandai memasak telur dadar, membersihkan tandas, mengerah tenaga orang bawahan dan mengeksploitasi kepentingan dalam persatuan adalah antara kepakaran yang dimiliki oleh beliau. Kehilangan beliau adalah sesatu yang amat saya kesali dan pastinya sukar untuk saya manjamin keberkesanan usaha saya selepas ini untuk menggelapkan duit persatuan.

Advertisements

~ by syahidd on 15 November, 2008.

4 Responses to “Going back for good..sayonara!”

  1. wakaka…
    nk pecah perut den bacenye..
    huhuhu…..
    bagus2…

  2. shidut2…
    xbrubah….
    bce blog dia tringat lak laporan ijtima kt menuang tembok dlu..
    nk pecah perut ..
    hik3..nsihat kt shidut: len kali muke yg mnghampiri fasa jambu(is jambu x tcabar ke) harus dibiar melata rerambutnya…
    simpan le sket janggut ke misai ke jambang ke..

  3. haish~ pengsan membaca blog junior sorang ni… syahiddan, syahiddan… tak berubah… rindu sama kamu, mahu jumpa semua adik-adik dahulu kembali, sama imarah bumi Maahad dengan tarbiyyah yang hidup…

  4. oishiiii !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: