Monkey Love Story

Assalamualaikum wth. Adakah anda pernah bercinta, mencintai ataupaun dicintai? Berkasih, mengasihi atau dikasihi?(ada pil Chi Kit Teck Aun tak?) Istilah cinta Monyet begitu sinonim dengan kanak² ribena yang bercintun dengan monyet betina lain. Masing-masing mempunyai kisah cinta monyet yang takkan dilupakan seumur hayat anda, tak kisahlah pernah diluahkan atau tidak. Faktanya, saya tidak pernah bercinta ketika di sekolah rendah kerana bagi saya berseronok dengan kawan² sebaya yang lain adalah perkara paling seronok pernah saya alami. Sementelah saya adalah seorang pengawas dari Darjah dua hingga darjah lima dan dilantik sebagai ketua pengawas ketika darjah enam(ketika dilantik oleh cikgu Rushda binti Mosdaram, saya ingat ketua pengawas dapat pejabat macam guru besar). Hal cinta langsung tiada dalam hidup saya. Cuma kawan² saya yang pernah digosipkan. Antaranya, Faiq Zakaria(Medical Course, Russia) cucu Bai Khan tokey kilang kayu kat Beranang dengan Hafizah Abdul Halim(jiran dekat rumah skang buat TESL di KL), Nasaruddin Said dengan Ummu Khairiyah(anak polis Din yang lawa dan akaknya pernah tangkap cintun dengan abang saya), Azhar Kamsan (member dunia akhirat saya juga merangkap jiran dan sedara) dengan Mastura Mansor(juga anak polis kat depan sekolah saya). Kalau nak ditulis memang tak habis sampai lusa. Memang saya nak jumpa semua couple² terlarang sekolah kami dulu tapi jejauh camnih masa je yang boleh temukan kami semula.
Ketika tingkatan tiga di Sekolah Menengah Rendah Agama Gemencheh Negeri Sembilan saya pernah di ajak bercinta monyet oleh sorang gadis nih. Tapi memang tak minat mende² camnih(tolongla percayakan saya, tolong la..!!) Nama dia Aida Azila, gadis bertahi lalat didagu belah kanan. Cantik macam Elyana(cantik ke ha??)…Sekadar suka-suki, kami pun berkapel tanpa rasa segan mahupun silu. Tapi macam berat sebelah pulak bila dia je yang bagi surat berconteng tanda love beranak panah. Sape suruh nak ngan aku. Habis PMR, tamat la hubungan kami(x rasa ayat nih macam menggedik ker?). Naik form 4 di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, saya ada minat kat sorang gadis melayu nih. Pasal dia ada ciri² wanita anggun la. Ada ke patut saya belikan dia cucur udang Alor Gajah(popular dikalangan budak maahad time tuh)!? Arghhh..saya rasa macam jadik badut bagi belon kat funfair Seremban pulak! Hubungan diteruskan sampai ke oversea nih. Tapi kusangka panas hingga ke petang namun hujan pada pukul 12.45 minit tengahari.
Begitu la serba sikit kisah cinta-cintun sepanjang hidup saya 21 tahun ni. Dan hidup saya kini adalah untuk beribadah kepada Allah (nampak kopiah saya tak?) dan mengejar cita-cita yang saya impikan. Dan impian itu pasti saya jadikan satu realiti kehidupan lantas menjadi insan yang disegani seantero Alam Perwira dunia serta akhirat.

p/s: buat Iskandar dan Mujahid, tolong kejut aku maghrib kang. Mekasih

Berdua lebih baik

Berdua lebih baik

Advertisements

~ by syahidd on 9 November, 2008.

3 Responses to “Monkey Love Story”

  1. eh eh shidut ni, menggatal btol ko kan?? tp ko xciter lg..kt maahad tu spe yang pernah bcinta ngn ko..alang2 ko dah cter sumer. citer la smapai abes
    aku nk tgok ust2 marroc ni smpai mesia nnti kasen ngan sape

  2. eh silap. kawen ngan sape..

  3. assalamualaikum…
    waa brani ko citer pasal cinta monyet ko. aku setuju ngan halim.siapa gerangan gadis bertuah tu?mesti aku kenal punyakan.yang len ko sebut nama yang sorang ni x pulak.erm musykil2.huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: