Macam-macam

Assalamualaikum wth. Hari ni Saya terlewat bangkit dari tidur akibat melengah-lengahkan waktu. Hormon yang mengalir membawa bersama leluhur setanirrojim dalam tubuh badan dan ia begitu ampuh sekali untuk dinyahsingkir. Bangun semula jam 8.30 pagi. Ternampak pula sebuah novel yang berwarna kuning cair kat atas meja Ijad (beliau adalah perumah yang berdekatan ngan rumahku di Wilayah Kenitra dan saya adalah parasit yang menumpang di rumahnya tanpa rasa malu serta segan). Novel hasil tangan Faisal Tehrani bertajuk Bedar Sukma Bisu. Saya adalah seorang insan yang menggilai novel² yang berkualiti lantas merampas novel tersebut dari meja itu dan berteleku membacanya. Menarik pengolahannnya. Tentang kreativiti nenek moyang kita orang melayu dahulu dalam dunia perkapalan dan berkesinambungan hingga cucu cicit moden mereka hari ini yang meneruskan perniagaan itu. Watak² teraju yang menarik berjaya di persembahkan. Membuka mata saya tentang kehebatan orang Melayu di arena lautan terbuka serta kaedah sentuhan islamic sense yang begitu mengagumkan. Tapi, bila saya fikirkan kehebatan orang Melayu dalam lapangan sebegini, paparan kehebatan pelajar Melayu di SMK Perlis yang berjaya menendang guru mereka gara-gara tidak siapkan kerja kursus lebih mengisi serebelum saya. Kalau dahulu, memandang mata Sir Senin, guru bahasa Inggeris saya ketika darjah dua di SK Beranang sudah mampu menyebabkan saya bermimpi dikejar raksasa oltromen ketika tidur malam. Jika saya guru tersebut, sudah pasti dua pelajar tersebut sedang bersemadi di alam barzakh. Dimana silapnya sistem pendidikan negara kita? (amaran : sila muntah di dalam tandas atau sinki rumah anda) atau pengaruh rakan sebaya menjadikan pelajar kita bermutasi menjadi raksasa seperti dalam cerita Suria Baja Hitam? Atau ke’tirisan’ pendidikan akhlak Islami harus dituding jari? Dimana keberkesanan Islam Hadhari yang heboh dicanangkan sekampung oleh Pak Lah seperti anak Cik Nab dapat masuk askar? Sila jawab soalan diatas diatas kertas kosong yang telah disediakan. Wassalam.

Advertisements

~ by syahidd on 18 October, 2008.

3 Responses to “Macam-macam”

  1. Berda Sukma Bisu @ Bedar Sukma Bisu….??check!!

  2. hait mizi sensei! arigatou gozaimashita!

  3. assaslamualaikum..
    sahabatku shidut…
    wah22.. kemain ko yer..membiarkan lidah ko menari2 hebat menyusun bicara …
    hidup bukan sekadar memerhati, memulakan langkah itu yang pasti..cepatlah ko kembali, bersama aku menggalas misi..
    yeah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: