Aidilfitri basi

Assalamualaikum wth. Syawal sudah pun menjengah lembaran ke tujuh belasannya. Sempat lagi saya fikir untuk sampaikan ucapan Lebaran kepada semua yang mengenali diri saya samada yang berada di perantauan atau di Malaysia. Ampun dan maaf andai jasad dan ruh ini pernah mecalit kata nista atau silap buat diri anda semua. Sepanjang cuti musim panas yang mula meninggalkan bumi Morocco ini, saya tidak lekat di rumah. Ada saja program atau rayauan yang mengisi jadual hidup saya. Hatta malam raya yang sepatutnya dirai meriah di rumah pun saya masih lagi menggalas beg besar pulang dari ‘merayap’ utara Maghribi. Satu Syawal esoknya, bersolat di Kenitra dalam keadaan ‘capek bangat’. Hanya air kosong dan nasi lemak lebihan semalam mengganti hidangan enak ketupat rendang.  Seronok apabila telefon keluarga di Malaysia. ‘Alang, kitorang tengah makan nasi himpit ibu buat!’, “alang, x nak balik mesia ke?” antara ayat penyata yang nyata menampar-nampar emosi seorang perantau seperti saya yang sudah tiga kali tidak bersama keluaraga tercinta bila tiba Aidilfitri. Tahun depan adalah tahun akhir, dan apa yang pasti imaginasi untuk berjaya pasti akan saya realisasikan.  Ameen.

Advertisements

~ by syahidd on 16 October, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: