Panas dan ganas

Assalamualaikum wth. Bahang membara ‘summer 2008′ sudah pun muncul. Pergi ke kuliah hanya memakai kemeja T, tidur malam hanya dilapisi ‘singlet‘, bil air mulai naik kerana kadar mandi bertambah 3 kali sehari, ais krim mulai dijual di kedai² runcit dan kesukaran tidur malam memeriahkan lagi suasana musim panas di negara empat musim seperti Maghribi ini. Daku hari ini masih lagi di dalam jangka pepariksaan akhir semester. Pagi tadi pepriksaan lisan bagi subjek sosiologi dan fisiologi berakhir dengan kekecewaan apabila Ustaz Huzi menangguhkan peperiksaan ke hari Rabu minggu hadapan. Tertekan. Tetapi, semangatku ibarat disuntik damai bila mendengar suara Ibu dihujung talian tiba² menelefon bertanyakan tentang barang kiriman yang akan dihantar ke sini nanti. Rindunya suara Ibu Ayah. Petang ini pula Syeikh Mustaqim dari Wilayah Rabat hadir berkunjung membawa sedikit ‘rezeki’ buat daku. Alhamdulillah. Tidur sekejap barang 2 jam sehingga pukul 6.00 pm kemudian bersolat Asar. Kemudian keluar ber’jogging‘ sejauh 8 km. Separuh mati kerana panas. Balik semula ke padang Ibn Sina bermain bola dengan pelajar-pelajar Negara Gajah Putih, Thailand. Malamnya pula, stok jualan kicap Jalen sampai ke rumah daku. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Jarang daku mencoret kisah lengkap seharian, melainkan taufan bosan melanda. Harapnya, segala stress ini akan berakhir, Ameen. Allahumma zidni 3lman warzuqni fahman. Ameen Ya RAbbal 3lamin.

Advertisements

~ by syahidd on 15 June, 2008.

One Response to “Panas dan ganas”

  1. Ini kuncu dato’ Jalen rupanya, ahha~

    Stress? cuba buat begini : aww…aww…aww…ah!ah!ah!

    tenang bukan? ahha~ :))

    Good Luck Exam!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: