Spring 2008

Assalamualaikum wth. Serebrum baru menghantar pesan kepada jari jemari keras melalui medula oblongata saya supaya menghantar sesuatu didalam blog wordpress muda ini. Tubuh saya merasa longlai dan lesu dua hari ini kerana hawa panas dari Sahara akibat bawaan angin selatan ke kerajaan pimpinan Raja Muhamad keenam, Maghribi. Isu panas dari Malaysia turut menghangatkan lagi suhu normal tubuh saya. Gelaran ‘Perdana Menteri paling lemah’ dalam sejarah susur perdana menteri Malaysia sejak separuh abad lalu yang dilabelkan oleh pihak pembangkang seakan ada benarnya apabila saya terbaca mengenai isu kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter. Pengeksport minyak terpaksa menuruti kehendak mekanisme harga pasaran global? Mana mungkin! Saya bukanlah pemerhati politik, tetapi sebagai rakyat yang sedikit prihatin kepada nusanya. Juga kes paling hangat di Maghribi, alkisah ‘Prison Break in Relity’ di penjara Kenitra. 9 pelaku onar yang bertanggungjawab meletupkan sekolah sehingga meragut nyawa 40 rakyat Maghribi kini masih bebas. Entah bila akan selesainya tidak tahulah memandangkan sistem pertahanan awam di sini sedikit dipandang enteng. Juga berita kematian Jyllen Poster, sang penerbit karikatur yang menghina Rasul Junjungan kita pertengahan tahun lalu, mati dalam satu kebakaran di rumahnya. Saya akur dengan kuasa Allah, Subhanallah. Dunia kian tua, namun saya sendiri seperti melupakannya. Apalah nasib hamba dina seperti saya kelak ditangan Yang Maha Esa?

Advertisements

~ by syahidd on 27 April, 2008.

One Response to “Spring 2008”

  1. ensem siot….haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: